Page 331 - e Prosiding Serai 2021
P. 331
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
PENGURUSAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PPSH) DI INSTITUT
PENDIDIKAN GURU KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL
Idrul Hisham Ismail, Mohd. Hasaidi Hassan, Rofishah Rashid, Rashidah Elias dan
Zuhaida A.W
Institut Pendidikan Guru Kampus Dato`Razali Ismail
Universiti Malaysia Terengganu
idrul17-30@epembelajaran.edu.my
ABSTRAK
Program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) merupakan satu proses ke arah
meningkatkan pengetahuan, kemahiran, perubahan tingkahlaku dan usaha untuk
membangunkan komuniti. Kajian ini bertujuan untuk membincangkan tentang konsep
Pengurusan Pembelajaran Sepanjang Hayat di Institut Pendidikan Guru Dato’ Razali Ismail
(IPGKDRI). Ia melibatkan kumpulan pensyarah dan kumpulan pengurus IPGKDRI. Kajian ini
berbentuk kualitatif dan kuantitatif. Sampel kajian terdiri daripada para pensyarah dan pihak
pengurusan IPGKDRI. Data dikutip dengan menggunakan soal selidik (Google Form) dan
soalan temubual. Semua data yang diperoleh akan diproses menggunakan perisian SPSS
Versi 27. Kepentingan kajian ini ialah ia merupakan usaha ke arah memperkasakan IPGKDRI
sebagai salah satu Institusi Pendidikan yang utama. Ia melibatkan pembelajaran formal yang
dilaksanakan secara berterusan. Gabungan Model PSH yang bersumberkan empat tunjang
iaitu pengetahuan, kemahiran, pembangunan insan dan juga kemasyarakatan menjadi fokus
utama untuk diaplikasikan dalam kajian ini. Empat tunjang tersebut adalah hasil gabungan
beberapa teori pembelajaran dari tokoh-tokoh Islam dan barat. Semoga kajian ini dapat
memperkasakan IPGKDRI di dalam proses Pengurusan Pembelajaran Sepanjang Hayat.
Kata Kunci: Pembelajaran Sepanjang Hayat; Pengetahuan; Kemahiran; Pembangunan Insan;
Kemasyarakatan
PENGENALAN
Di Malaysia, pendidikan tidak formal telah lama berlangsung sebagai usaha dalam
meneruskan kehidupan yang melibatkan proses pembelajaran seumur hidup. Rentetan
perkembangan era globalisasi, tuntutan terhadap ekonomi berpaksikan ilmu pengetahuan
membawa kepada misi Pembelajaran Sepanjang Hayat sebagai agenda kerajaan untuk
mencorak modal insan mengikut acuan semasa. Banyak institusi Pendidikan yang telah
mengenengahkan kursus Pengurusan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PPSH) namun tidak
ada perubahan yang ketara untuk mengubah realiti masyarakat hari ini. Justifikasi seterusnya
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 313

