Page 350 - e Prosiding Serai 2021
P. 350

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

                   PENGGUNAAN MULTIMEDIA DALAM PEMBELAJARAN TATABAHASA BAHASA
                                                 MELAYU TAHUN TIGA

                   Saifullizan Sallehuddin¹, Azizah Arsad², Norhayati Yusoff³, Siti Faridah Affandi⁴,
                                                 Norulhuda Mahmood ⁵

                                                     SK Kalumpang¹,
                                            Universiti Pendidikan Sultan Idris²³,
                                                     SK Proton City⁴⁵
                                                  lizan7475@gmail.com




                                                       ABSTRAK



               Kajian ini dijalankan bagi melihat perbezaan kaedah pencapaian murid dalam pembelajaran
               tatabahasa menggunakan bahan multimedia dengan pengajaran secara tradisional.  Reka
               bentuk kajian ini menggunakan kuantitatif iaitu dengan menggunakan kaedah ekspirimental.

               Objektif  kajian  dilaksanakan  adalah  bagi  memastikan  murid  mengenal  dan  memahami
               perbezaan  empat  jenis  golongan  kata  dan  dapat  membina  empat  jenis  ayat  tunggal
               menggunakan  golongan  kata  yang  berbeza  dengan  betul  dan  melihat  sejauh  mana

               penggunaan  multimedia  membantu  pemahaman  murid  dalam  pembelajaran  tatabahasa.
               Sampel kajian adalah terdiri daripada 60 orang murid tahun tiga yang dibahagikan kepada

               dua kumpulan iaitu kumpulan ekspirimen dan kumpulan kawalan. Dua kumpulan murid ini
               akan  menjalani  pembelajaran  tatabahasa  menggunakan  pendekatan  pengajaran  yang
               berbeza dalam tempoh empat minggu. Ujian Pra dan ujian pasca dijalankan secara atas talian

               untuk mengukur tahap pencapaian murid sebelum dan selepas kajian dijalankan. Dapatan
               kajian  menunjukkan  terdapat  perbezaan  yang  signifikan  antara  pencapaian  ujian  pra  dan

               pasca murid kumpulan A yang mengikuti pembelajaran menggunakan multimedia dan tidak
               terdapat perbezaan yang signifikan antara pencapaian ujian pra dan pasca murid Kumpulan
               B  terhadap  pembelajaran  golongan  kata  menggunakan  kaedah  tradisional.  Kajian  ini

               menunjukkan bahawa multimedia memainkan peranan yang penting dalam membantu murid
               meningkatkan  kemahiran  tatabahasa.  Pelaksanaan  akan  lebih  berkesan  sekiranya  guru
               memaksimakan  penggunaan  bahan  daripada  multimedia  dalam  pengajaran.  Oleh  yang

               demikian,  kemahiran  guru  menggunakan  kaedah  teknologi  dalam  pembelajaran  perlu
               dipertingkat bagi seriring dengan perkembangan pendidikan dalam Revolusi Industri 4.0.



               Kata kunci: multimedia, tatabahasa, sekolah rendah







               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                332
   345   346   347   348   349   350   351   352   353   354   355