Page 351 - e Prosiding Serai 2021
P. 351
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
PENDAHULUAN
Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan yang menjadi sumber perpaduan rakyat
berbilang kaum. Penekanan terhadap pengajaran Bahasa Melayu merupakan satu alternatif
bagi membantu murid menguasai kemahiran asas berbahasa serta mendalami Bahasa itu
sendiri. Proses pembelajaran Bahasa Melayu juga mengalami perubahan kerana Proses
pengajaran dan Pembelajaran (PdP) merupakan proses hidup yang memerlukan tranformasi
dan bergerak seiring dengan peredaran zaman (Hairun Najuwah Jamali & Siti Nurhajariah Md
Isa, 2014). Oleh itu, guru Bahasa Melayu perlu memainkan peranan untuk memperkasa
Pendidikan Bahasa Melayu selari dengan pembelajaran abad ke-21 (Mahamod, 2011).
Sebagai panduan kepada guru, Bahagian Pembangunan Kurikulum telah
mengeluarkan panduan pengajaran kepada guru. Panduan pengajaran guru tersebut ialah
melalui Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) yang mengandungi Standard
Kandungan, Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi yang digubal selaras dengan
standard antarabangsa bagi memenuhi dasar baharu dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2013-2025 (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2018). Antara organisasi
kandungan DSKP tersebut ialah pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran
membaca, kemahiran menulis, aspek seni Bahasa dan tatabahasa.
Aspek tatabahasa merupakan komponen dalam pengajaran tatabahasa yang sukar
dikuasai oleh murid kerana kemahiran ini akan membantu mereka dalam penulisan. Sistem
tatabahasa perlu dipelajari kerana ianya merupakan asas penting dalam pembelajaran
kemahiran sesuatu bahasa serta membolehkan seseorang mengetahui kesilapan
penggunaan ayat dan membantu pengguna membuat ajaran dengan tepat (Hishamudin Isam
et al., 2017). Walaupun beberapa panduan pengajaran disediakan kepada guru, namun
panduan pengajaran masih tidak mencukupi untuk memastikan murid mencapai penguasaan
kemahiran tatabahasa di peringkat sekolah rendah. Ini adalah kerana pembelajaran
tatabahasa dianggap membosankan kerana memerlukan murid menghafal rumus yang
abstrak (Hishamudin Isam et al., 2017).
Dalam PdP Bahasa Melayu, murid sering kali menghadapi kesukaran membezakan
golongan kata. Pemahaman yang rendah tentang golongan kata menyebabkan murid
bermasalah untuk menguasai kemahiran sintaksis yang lebih luas seperti membina ayat
terbitan atau ayat majmuk. Tatabahasa adalah terdiri daripada dua bahagian iaitu morfologi
dan sintaksis. Struktur, bentuk dan golongan kata merupakan dua komponen morfologi yang
mengkaji tentang struktur, bentuk dan golongan kata sementara sintaksis pula merupakan
bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan ayat (Kementerian Pendidikan
Malaysia, 2018). Pengkaji akan memfokuskan kajian kepada golongan kata dalam Bahasa
Melayu yang terdiri daripada kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas serta
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 333

