Page 352 - e Prosiding Serai 2021
P. 352
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
pembinaan ayat tunggal. Bagi aspek kata tugas, pengkaji hanya memfokuskan kata sendi
nama sahaja kerana fungsinya dalam pembentukan ayat tunggal. Walaupun ayat tunggal
dianggap mudah namun struktur tatabahasa dalam ayat tunggal masih mengelirukan murid
kerana mereka masih tidak dapat membezakan golongan kata dalam sistem Bahasa Melayu
Oleh itu, pengkaji mendapati aspek tatabahasa dalam pengajaran Bahasa Melayu merupakan
salah satu bahagian yang masih sukar dikuasai oleh murid sekolah rendah.
Antara alternatif yang boleh digunakan oleh pengkaji adalah menjalankan aktiviti
pengajaran kemahiran tatabahasa ialah menggunakan multimedia. Kaedah ini sangat sesuai
seiring dengan perkembangan pendidikan dalam Revolusi Industi ke-4 kerana penggunaan
multimedia dapat menarik perhatian murid dan sesuai digunakan dalam proses pembelajaran
(Mohamad Subaidi Abdul Samat & Azlina Abdul Aziz, 2020). Kaedah pembelajaran
menggunakan multimedia juga membantu memperdalam pemahaman bacaan kerana
menggabungkan pelbagai elemen media. Antara sumber multimedia yang paling berkesan
dalam membantu murid memahami maklumat ialah menggunakan audio.
Justeru, pengkaji melihat peranan yang besar dimainkan oleh multimedia dalam
membantu pemahaman murid. Kaedah ini juga bersesuaian dengan tahap umur murid
sekolah rendah yang sukakan pembelajaran sambil berhibur. Ini adalah kerana murid akan
belajar dalam suasana yang selesa dan tidak bosan sekiranya pembelajaran dilaksanakan
dalam situasi yang menyeronokkan (Abdul Rasid, 2013).
SOROTAN LITERATUR
Pengkaji menggunakan multimedia sebagai bahan bantu mengajar kerana
penggunaan multimedia sangat menarik dan membantu peserta kajian memvisualkan
maklumat dengan mudah (Pathan, 2021). Penggunaan multimedia akan menjadikan situasi
pembelajaran lebih menyeronokkan (Abdul Rasid, 2013). Guru perlu mengubah kaedah
mengajar kerana kajian yang dijalankan oleh Abdul Rasid (2013) menunjukkan bahawa guru
menggunakan kaedah mengajar berdasarkan bakat semulajadi mereka walaupun mempunyai
sikap positif dan berkeyakinan tinggi terhadap penggunaan bahan bantu mengajar. Oleh yang
demikian, guru perlu mempelbagaikan bahan dan aktiviti pengajaran di dalam bilik darjah
untuk memantapkan proses pembelajaran tatabahasa kerana aspek tatabahasa merupakan
komponen pembelajaran Bahasa yang sangat penting (Abdul Rasid Jamian, Shamsudin
Othman & Nur Athiran Khuzaini, 2005).
Multimedia merupakan gabungan perkataan ‘multi’ dan ‘media’ yang bermaksud
penggunaan banyak alat untuk menyampaikan maklumat. Multimedia mempunyai lima ciri
iaitu teks, gambar, audio, animasi dan video yang menggabungkan penggunaan indera
penglihatan dan pendengaran. Multimedia interaktif pula bermaksud aplikasi yang mempunyai
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 334

