Page 353 - e Prosiding Serai 2021
P. 353
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
elemen multimedia yang bertindakbalas secara positif dan berkesan terhadap pengguna.
Pengajaran menggunakan multimedia dapat membantu murid menambah pemahaman
terhadap bahan yang dipelajari (Danaei et al., 2020; Mohamad Subaidi Abdul Samat & Azlina
Abdul Aziz, 2020). Ini adalah kerana penggunaan multimedia seriring dengan perkembangan
pembelajaran dalam revolusi pendidikan. Penggunaan multimedia dalam pembelajaran
tatabahasa memberikan kesan yang baik terhadap permerolehan kosa kata sampingan
murid-murid (Huang, 2018). Selain itu penggunaan multimedia seperti televisyen yang
menggabungkan kaedah membaca dan mendengar memberikan pendedahan yang besar
serta sumbangan kepada pembelajaran bahasa murid (Lindgren & Muñoz, 2013).
Penggunaan bahan visual juga dapat membantu pembelajaran interaktif dan meningkatkan
keyakinan murid untuk melibatkan diri dalam pembelajaran tanpa segan (Halwani, 2017).
Penyelidikan ini akan menggunakan model Pemprosesan Maklumat Mayer dan
Moreno (2003) dalam pengajaran morfologi dalam pembinaan ayat tunggal Bahasa Melayu
Tahun Lima. Kajian ini dijalankan bagi memastikan murid mengenal jenis golongan kata yang
terdiri daripada kata nama, kata kerja, kada adjektif dan kata sendi yang akan digunakan oleh
mereka semasa membentuk ayat tunggal. Model pemprosesan maklumat ini akan
menggunakan deria pandang dan dengar dalam memproses maklumat untuk membentuk
pengetahuan baharu dan kekal. Kaedah visualisasi merupakan alternatif yang boleh
digunakan secara berkesan kerana meningkatkan keyakinan murid untuk menjalankan
kegiatan pembelajaran secara maksima (Dedo & Harwati Hashim, 2019).
Oleh kerana trend penggunaan teknologi dalam pembelajaran berkembang pesat
terutama ketika pendemik melanda dunia, maka generasi baharu dilihat bergantung kepada
sumber teknologi, perisian dan penggunaan media sosial dalam pembelajaran (Melor Md
Yunus et al., 2020; Wan Izzati W Ahmad & Hamidah Yamat, 2020). Ini adalah disebabkan
peranan bahan yang menarik dan tidak membosankan (Adwan Mohammad Hasan Bani-
Hamad & Abdul Hakim Abdullah, 2019). Oleh yang demikian, penggunaan bahan bercirikan
multimedia dalam pengajaran tatabahasa boleh diinovasikan lagi agar bersesuaian dengan
peredaran zaman serta menarik perhatian murid. Hal ini akan membantu guru mencapai
target pengajaran mereka.
HIPOTESIS KAJIAN
1. Terdapat perbezaan pencapaian murid kumpulan A yang mengikuti pembelajaran
menggunakan multimedia.
2. Tidak terdapat perbezaan pencapaian murid Kumpulan B terhadap pembelajaran
golongan kata menggunakan kaedah tradisional.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 335

