Page 354 - e Prosiding Serai 2021
P. 354

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               OBJEKTIF KAJIAN DAN PERSOALAN KAJIAN

               Kajian ini dijalankan untuk:


                   1.  Memastikan murid mengenal dan memahami perbezaan empat jenis golongan kata
                       dan  dapat  membina  empat  jenis  ayat  tunggal  menggunakan  golongan  kata  yang

                       berbeza dengan betul.
                   2.  Melihat sejauh mana penggunaan multimedia membantu pemahaman murid dalam

                       pembelajaran tatabahasa.

               PERSOALAN KAJIAN

                   1.  Apakah  murid  dapat  membezakan  golongan  kata  dalam  pembelajaran  tatabahasa

                       Bahasa Melayu?
                   2.  Apakah  penggunaan  multimedia  membantu  murid  memahami  golongan  kata  dan

                       membina ayat tunggal?



               BATASAN KAJIAN

               Kajian ini dijalankan terhadap 60 orang murid tahun tiga di sebuah sekolah kebangsaan di
               Hulu Selangor. Dua kelas yang terlibat mempunyai latar belakang pencapaian yang hampir

               sama kerana tidak berlaku pengasingan kelas mengikut pencapaian murid.



               METODOLOGI KAJIAN

               Kajian ini akan menggunakan reka bentuk kuantitatif. Analisis data menggunakan kaedah

               deskriptif kerana melibatkan sampel yang sedikit. Kaedah eksperimen akan digunakan untuk
               kajian ini. Responden yang dipilih adalah dalam kalangan murid tahun tiga yang dipilih secara
               rawak. Seramai 60 orang murid dari dua kelas dijadikan sampel kajian. 30 orang murid kelas

               A diletakkan dalam kumpulan ekspirimen dan 30 orang murid dari kelas B dalam kumpulan
               kawalan.  Kedua-dua  kumpulan  murid  mempunyai  latar  belakang  yang  sama  dari  segi
               pencapaian dalam pelajaran kerana tidak berlaku saringan kelas dalam pembelajaran bilik

               darjah  Kurikulum  Standard  Sekolah  Rendah  (KSSR).  Lokasi  kajian  ialah  di  sekolah
               kebangsaan di daerah Hulu Selangor.  Tempoh kajian dijalankan adalah dalam tempoh 4
               minggu.  Lokasi  kajian  dipilih  untuk  memudahkan  pengkaji  menjalankan  kajian  disamping

               bantuan guru mata pelajaran tahun lima di sekolah berkenaan.  Hal ini memudahkan pengkaji
               menjalankan pra ujian dan pasca ujian terhadap peserta kajian. Instrumen kajian ialah soalan

               berbentuk objektif dan subjektif.




               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                336
   349   350   351   352   353   354   355   356   357   358   359