Page 387 - e Prosiding Serai 2021
P. 387
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
PROGRAM PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN UNTUK PENSYARAH
IPG : SATU ANALISIS REFLEKSI KENDIRI TERHADAP KEPERLUAN DALAM LATIHAN
ERA PANDEMIC COVID-19
1
Mastura Mohd Yusoff , Nurhijrah Zakaria 2
3
Omar Ismail , Ahamad Lutfi Mohd Rashid 4
1,2 IPG Kampus Dato’ Razali Ismail, Kuala Nerus, Terengganu
mastura.yusoff@ipgm.edu.my
ABSTRAK
Pembangunan Profesionalisme Berterusan merupakan satu usaha bersepadu bagi
memastikan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) melengkapkan diri atau dilengkapkan
dengan pengetahuan profesional, kemahiran profesional dan nilai serta amalan profesional
keguruan melalui Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) yang terancang berteraskan
pembangunan kompetensi, pembelajaran berterusan dan laluan kerjaya. Kajian ini bertujuan
mengenalpasti kompetensi dan keperluan latihan yang diperlukan oleh pensyarah IPG
Kampus Dato’ Razali Ismail, Terengganu. Kajian tinjauan ini menggunakan instrumen
daripada matriks Kajian Keperluan Latihan yang disediakan dalam portal SPLKPM. Data
dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan SPSS. Nilai Alpha Cronbach
instrumen yang digunakan ialah 0.83. Dapatan kajian menunjukkan refleksi kendiri terhadap
tahap kompentensi profesionalisme pensyarah adalah tinggi tetapi masih lagi memerlukan
latihan dalam Domain Network(Manfaat Hubungan), Act(Kematangan Emosi; Memacu
Kecemerlangan), Lead(Penyesuaian Perubahan). Kajian ini memberi implikasi kepada
perancangan dan pelaksanaan program pembangunan profesionalisme pensyarah dan kajian
keberkesanan program yang dilaksanakan. Analisis Kajian Keperluan Latihan merupakan
satu yang penting agar Program Pembangunan Profesionalisme Berterusan yang
dilaksanakan dapat memenuhi keperluan pensyarah bagi meningkatkan kompetensi
profesional pensyarah dalam perkhidmatan.
Kata kunci: Pembangunan Profesionalisme Berterusan, refleksi kendiri, Analisis Keperluan
Latihan, Pensyarah IPG.
PENGENALAN
Organization for Economic Co-operation and Development (OECD) mendefinisikan
Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) sebagai penglibatan seseorang individu
untuk meningkatkan kemahiran, pengetahuan, kepakaran mereka sebagai seorang guru
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 369

