Page 58 - e Prosiding Serai 2021
P. 58
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Bil. Item Min SP
SM1. Saya suka belajar bahasa Melayu 3.34 0.94
SM2. Saya berasa mata pelajaran Bahasa Melayu 2.92 1.03
senang untuk dipelajari
SM3. Saya tiada masalah dalam pembelajaran 2.60 1.09
bahasa Melayu
SM4. Saya belajar bahasa Melayu kerana bahasa 3.40 1.11
Melayu merupakan mata pelajaran yang
diwajibkan
SM5. Saya belajar bahasa Melayu kerana ingin lulus 3.32 1.15
peperiksaan
Hasil kajian mendapati Min dan SP bagi SM1. Saya suka belajar bahasa Melayu 3.34 0.94
SM2. Saya berasa mata pelajaran Bahasa Melayu senang untuk dipelajari 2.92 1.03 SM3.
Saya tiada masalah dalam pembelajaran bahasa Melayu 2.60 1.09 SM4. Saya belajar bahasa
Melayu kerana bahasa Melayu merupakan mata pelajaran yang diwajibkan 3.40 1.11 SM5.
Saya belajar bahasa Melayu kerana ingin lulus peperiksaan 3.32 1.15 Berdasarkan Jadual 6,
dapatan kajian ini menunjukkan bahawa sikap murid terhadap pembelajaran bahasa Melayu
dalam kalangan murid Cina di SKM secara keseluruhannya adalah pada tahap sederhana
dengan min 3.12. Berdasarkan data yang dikumpulkan, dapat dirumuskan bahawa item SM4
mempunyai min yang tertinggi iaitu 3.40 manakala item SM3 mempunyai min yang terendah
iaitu 2.60 dalam bahagian sikap murid. Hal ini membuktikan kebanyakan murid berpendapat
bahawa mereka belajar bahasa Melayu disebabkan bahasa Melayu merupakan mata
pelajaran yang wajib dipelajari dalam pendidikan arus perdana.
KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI
Dapatan kajian pertama memaparkan penggunaan strategi kemahiran mendengar dalam
pembelajaran bahasa Melayu murid Cina di SKM berada pada tahap sederhana dengan min
3.54. Kemahiran mendengar merupakan strategi yang paling banyak digunakan dalam
kalangan murid Cina di SKM berbanding kemahiran lain. Selain itu, strategi kemahiran
mendengar yang banyak digunakan oleh murid dalam penguasaan bahasa Melayu
termasuklah menumpu sepenuh perhatian semasa guru mengajar di dalam kelas,
memberikan perhatian khasnya kepada aspek bahasa tertentu seperti cara guru menyebut
bunyi tentang sesuatu perkataan dan mendengar secara teliti semasa guru sedang mengajar
di dalam kelas.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 40

