Page 56 - e Prosiding Serai 2021
P. 56
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
menghadapai masalah berkaitan penuturan dalam bahasa Melayu dengan nilai min 3.62
namun masih dalam tahap sederhana. Selain itu, Bertutur dengan rakan berbangsa Melayu
juga mencatatkan nilai min yang sederhana iaitu min 3.28. Kebanyakan item dalam kemahiran
bertutur berada pada tahap sederhana dan rendah iaitu Bertutur dengan guru dalam bahasa
Melayu di sekolah 2.84, Bertanyakan soalan sebagai satu cara untuk melibatkan diri dalam
perbualan bahasa Melayu 2.90, Bertutur dengan menggunakan bahasa Melayu yang formal
2.78, Memulakan perbualan dalam bahasa Melayu sekerap mungkin 2.80, dan Berlatih
bertutur bahasa Melayu dengan menggunakan perkataan baharu untuk membina keyakinan
diri 2.88. Berdasarkan Jadual 2, kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan kemahiran
bertutur dalam pembelajaran bahasa Melayu sebagai strategi pembelajaran dalam kalangan
murid di SKM secara keseluruhannya adalah pada tahap sederhana dengan min 3.06. Hal ini
membuktikan kebanyakkan murid akan meminta bantuan daripada rakan sekelas sekiranya
menghadapai masalah berkaitan penuturan dalam bahasa Melayu, namun jumlah murid
Melayu di sekolah tersebut juga amat terhad.
Strategi Kemahiran Membaca dalam Pembelajaran Bahasa Melayu
Jadual 3 menunjukkan dapatan kajian tentang skor min dan sisihan piawai strategi kemahiran
membaca dalam pembelajaran bahasa Melayu oleh murid Cina di Sekolah Kurang Murid.
Aspek Min SP Tahap
Strategi Kemahiran Membaca dalam 3.20 0.89 Sederhana
Pembelajaran Bahasa Melayu
Berdasarkan Jadual 3, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan kemahiran
membaca dalam pembelajaran bahasa Melayu sebagai strategi pembelajaran dalam kalangan
murid di SJKC secara keseluruhannya adalah pada tahap sederhana dengan min 3.20.
Berdasarkan data yang dikumpulkan, dapat dirumuskan bahawa item Mencari bahan bacaan
bahasa Melayu yang mudah difahami mempunyai min yang tertinggi iaitu 3.54 manakala item
Membaca sebanyak mungkin bahan bacaan dalam bahasa Melayu mempunyai min yang
terendah iaitu 2.92 dalam bahagian kemahiran membaca. Hal ini membuktikan kebanyakkan
murid menjadikan bahan bacaan bahasa Melayu yang mudah difahami sebagai pilihan mereka
dalam bahagian penggunaan strategi kemahiran membaca. Sebaliknya, murid dalam bilangan
yang kecil mengamalkan cara membaca sebanyak mungkin bahan bacaan dalam bahasa
Melayu.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 38

