Page 57 - e Prosiding Serai 2021
P. 57

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                      21-22 September 2021

               Strategi Kemahiran Menulis dalam Pembelajaran Bahasa Melayu

               Jadual 5 menunjukkan dapatan kajian tentang skor min dan sisihan piawai strategi kemahiran

               menulis dalam pembelajaran bahasa Melayu oleh murid Cina di Sekolah Kurang Murid.

                Aspek                                               Min        SP                    Tahap

                Strategi    Kemahiran      Menulis     dalam        3.11       0.91               Sederhana
                Pembelajaran Bahasa Melayu



               Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan kemahiran menulis dalam pembelajaran
               bahasa  Melayu  sebagai  strategi  pembelajaran  dalam  kalangan  murid  di  SKM  secara

               keseluruhannya  adalah  pada  tahap  sederhana  dengan  min  3.11.  Berdasarkan  data  yang
               dikumpulkan, dapat dirumuskan bahawa item Mencari dan menulis perkataan bahasa Melayu
               dengan merujuk kamus mempunyai min yang tertinggi iaitu 3.64 manakala item Menunjukkan

               hasil tulisan kepada rakan berbangsa Melayu mempunyai min yang terendah iaitu 2.62 dalam
               bahagian  kemahiran  menulis.  Hal  ini  membuktikan  kebanyakkan  murid  akan  mencari  dan
               menulis perkataan bahasa Melayu dengan merujuk kamus. Sebaliknya, murid dalam bilangan

               yang  kecil  sahaja  akan  menunjukkan  hasil  tulisan  kepada  rakan  berbangsa  Melayu.
               Berdasarkan  kajian  ini  dapat  disimpulkan  bahawa  murid  masih  tidak  yakin  tentang  tulisan
               mereka diri sendiri tetapi mereka akan merujukan kamus bagi tujuan mencari dan menulis

               perkataan bahasa Melayu.



               Sikap murid Cina di SKM terhadap pembelajaran bahasa Melayu.

               Jadual 6 menunjukkan dapatan kajian tentang skor min dan sisihan piawai tentang sikap murid
               Cina di SKM dalam pembelajaran bahasa Melayu.


                Aspek                                               Min        SP                 Tahap
                Sikap Murid Terhadap Pembelajaran Bahasa            3.12       0.79           Sederhana

                Melayu


               Berdasarkan Jadual 6 min sikap murid terhadap pembelajaran Bahasa Melayu ialah 3.12.

               Berdasarkan jadual interpretasi skor min, sikap murid terhadap pembelajaran bahasa melayu
               berada pada tahap sederhana. Selain itu, nilai sisihan piawai ialah 0.79.



               Analisis keseluruhan item dalam konstruk sikap murid terhadap pembelajaran bahasa
               Melayu ditunjukkan seperti berikut:



                e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                      39
   52   53   54   55   56   57   58   59   60   61   62