Page 62 - e Prosiding Serai 2021
P. 62
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
TAHAP PENGETAHUAN DAN PENGAPLIKASIAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21
(PAK-21) SISWA GURU PENDIDIKAN ISLAM INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
2
Salwa binti Rosdin , Ahmad Mubarak bin Ab. Razak dan
1
Mohammad Rusdi bin Ab. Majid 3
Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail
1
2
salwarosdin@gmail.com , mubarak@ipgkdri.edu.my , mrusdi@ipgm.edu.my 3
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan dan pengaplikasian
Pembelajaran Abad ke-21 (PAK-21) dari aspek kreativiti, pemikirian kritis, kolaborasi dan
komunikasi dalam kalangan siswa guru Pendidikan Islam di beberapa buah Institut Pendidikan
Guru Malaysia (IPGM). Kaedah kajian kuantitatif secara tinjauan digunakan dan pensampelan
secara rawak mudah dijalankan bagi pengumpulan data. Bilangan responden adalah seramai
156 orang siswa guru Pendidikan Islam Ambilan Jun 2017 yang telah menjalani praktikum fasa
1 dan fasa 2. Data kajian dianalisis secara deskriptif dan inferensi dalam bentuk kekerapan,
peratusan, min dan sisihan piawai dan Ujian Korelasi menggunakan perisian Statistical
Package for the Sosial Science (SPSS). Dapatan kajian menunjukkan bahawa menunjukkan
tahap pengetahuan dan pengaplikasian PAK-21 dalam kalangan siswa guru Pendidikan Islam
berada pada tahap yang tinggi (Min = 4.43, SP = 0.44). Ini menjelaskan bahawa hubungan
antara tahap pengetahuan dan tahap pengaplikasian PAK-21 dalam kalangan siswa guru
Pendidikan Islam mempunyai perkaitan yang rapat antara satu sama lain. Kesimpulannya,
berdasarkan kepada dapatan kajian jelas menunjukkan bahawa siswa guru Pendidikan islam
mengetahui dan mengaplikasikan PAK-21 dalam PdPC sepanjang menjalani fasa praktikum
yang lalu.
Kata kunci: pengetahuan, pengaplikasian, pembelajaran abad ke-21 (PAK-21).
PENGENALAN
Perubahan drastik dari peradaban global telah mempengaruhi sistem pendidikan di Malaysia
pada hari ini. Menurut Azalya (2003), bagi menghadapi cabaran globalisasi, rakyat Malaysia
perlu dilengkapi dengan pelbagai kemahiran asas dalam bidang pendidikan serta latihan yang
kukuh dan mempunyai pelbagai kemahiran umum termasuk kebolehan dalam berkomunikasi,
menguasai pelbagai bahasa, berfikiran kritis dan berinovatif.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 44

