Page 59 - e Prosiding Serai 2021
P. 59

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                      21-22 September 2021

                      Dapatan  kajian  mengenai  strategi  kemahiran  bertutur  dalam  pembelajaran  bahasa
               Melayu murid Cina di SKM berada pada tahap sederhana dengan min 3.06. Berbandingkan

               dengan kemahiran lain, kemahiran bertutur merupakan strategi yang paling kurang digunakan
               dalam kalangan murid Cina di SKM. Strategi yang jarang digunakan dalam kalangan murid
               termasuklah  bertutur  dengan  menggunakan  bahasa  Melayu  yang  formal,  memulakan

               perbualan dalam bahasa Melayu sekerap mungkin dan bertutur dengan guru dalam bahasa
               Melayu di sekolah. Selari dengan kajian Chew dan Lee (2009)  yang mendapati bahawa murid

               Cina di SJKC gagal untuk menguasai sebutan bahasa Melayu dengan baik, kajian ini juga
               mendapati murid Cina menghadapi masalah penuturan dalam bahasa Melayu.

                      Penggunaan strategi kemahiran membaca dalam pembelajaran bahasa Melayu murid

               Cina  di  SKM  juga  berada  pada  tahap  sederhana  dengan  min  3.20.  Berdasarkan  dapatan
               kajian  ini,  strategi  membaca  yang  kerap  digunakan  ialah  mencari  bahan  bacaan  bahasa
               Melayu yang mudah difahami, meneka maksud teks bahasa Melayu tanpa mencari maksud

               dalam kamus dan membaca semula teks bahasa Melayu untuk meningkatkan pemahaman.
               Dapatan  kajian  selari  dengan  dapatan  kajian  oleh  kajian  Zamri,  Kamiliah  dan  Wan  Muna

               (2016) yang menunjukkan bahawa murid Cina tidak memahami bahan bacaan yang sukar lalu
               tidak  berminat  untuk  meneruskan  pembacaan.  Oleh  itu,  teknik-teknik  membaca  secara
               berkesan serta bahan bacaan yang menarik serta bersesuaian dengan tahap murid harus

               diperkenalkan oleh guru bagi usaha meningkatkan penggunaan strategi kemahiran membaca
               dalam kalangan murid Cina di SKM.

                      Dapatan  kajian  mengenai  penggunaan  strategi  kemahiran  menulis  dalam

               pembelajaran bahasa Melayu murid Cina di SKM berada pada tahap sederhana dengan min
               3.11. Berdasarkan dapatan kajian, strategi menulis yang banyak digunakan ialah mencari dan

               menulis perkataan bahasa Melayu dengan merujuk kamus, menulis makna perkataan baharu
               yang dipelajari dalam bahasa Melayu dan menuliskan perkataan yang mudah difahami dalam
               bahasa  Melayu.  Selain  itu,  dapatan  kajian  juga  menunjukkan  bahawa  murid  jarang

               menggunakan bahasa Melayu dalam menghasilkan nota dan mesej serta menunjukkan hasil
               tulisan kepada rakan berbangsa Melayu.

                      Dari segi sikap, murid Cina di SKM berada pada tahap sederhana dengan min 3.12.

               Berdasarkan dapatan kajian, kebanyakan murid belajar bahasa Melayu kerana bahasa Melayu
               merupakan mata pelajaran yang diwajibkan. Mereka juga berpendapat bahawa mata pelajaran

               Bahasa Melayu adalah susah bagi mereka serta menghadapi masalah dalam pembelajaran
               bahasa  Melayu.  Selain  itu  murid  belajar  bahasa  Melayu  adalah  untuk  meluluskan  mata
               pelajaran bahasa Melayu yang merupakan mata pelajara yang diwajibkan dalam peperiksaan

               awam.



                e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                      41
   54   55   56   57   58   59   60   61   62   63   64