Page 868 - e Prosiding Serai 2021
P. 868

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                      21-22 September 2021

                          Analisis inferens menggunakan Ujian-t dilaksanakan bagi menjawab persoalan kajian
               berkenaan  perbezaan  jantina  dalam  tahap  penggunaan  peta  pemikiran  i-THINK  Siswa

               Pendidik  lelaki  dan  perempuan.  Berpandukan  ujian-t  bebas  yang  dilaksanakan,  dapatan
               menunjukkan terdapat perbezaan signifikan (t=-2.187, sig=0.479) bagi tahap pengetahuan
               berpandukan  faktor  jantina  iaitu  lelaki  dan  perempuan.  Secara  inferensinya,  aspek

               pengetahuan menjelaskan bahawa terdapat perbezaan signifikan dari aspek pengetahuan
               antara lelaki dan perempuan. Malah, nilai bacaan min bagi kedua-dua jantina menunjukkan

               perempuan lebih berpengetahuan iaitu nilai min bagi perempuan adalah 4.63 dibandingkan
               nilai min bagi lelaki iaitu 4.47.

                       Dapatan juga menunjukkan terdapat perbezaan signifikan (t=-2.810, sig=0.719) bagi

               keberkesanan penggunaan berpandukan faktor jantina iaitu lelaki dan perempuan. Secara
               inferensinya  dapat  dijelaskan  bahawa  terdapat  perbezaan  signifikan  aspek  keberkesanan
               penggunaan antara lelaki dan perempuan. Malah, nilai bacaan min bagi kedua-dua jantina

               menunjukkan nilai min bagi jantina perempuan adalah lebih tinggi (min=4.57) dibandingkan
               dengan nilai min bagi lelaki (min=4.30).



               KESIMPULAN KAJIAN

               Siswa  Pendidik  perlu  melibatkan  diri  dengan  program-program  berkaitan  pemantapan  i-

               THINK  serta  mempelbagaikan  kaedah  pengajaran  menggunakan  peta  pemikiran  i-THINK
               terutama dalam amalan pedagogi masing-masing. Pentingnya penggunaan peta pemikiran i-

               THINK ini kerana buat masa kini tiada lagi alat berfikir yang dapat memenuhi keperluan guru
               dan  murid  selain  program  i-THINK  (Nurhafizah,  Roslinda  &  Mohamed  Yusoff,  2017).
               Penggunaan peta pemikiran i-THINK juga memberi impak berguna kepada murid yang diajar

               terutama dalam kemahiran berfikir berkaitan teknik belajar dan daya mengingat yang berbeza
               dengan  teknik  tradisional  sebelum  ini.  Selain  itu,  peta  pemikiran  i-THINK  juga  sering
               digunakan secara tidak langsung akan membantu membudayakan kemahiran berfikir dalam

               kalangan murid (Khalidah, Saodah, Haslina & Aminah, 2015).


               SYOR CADANGAN KAJIAN


               Siswa Pendidik
               Penyelidik mencadangkan Siswa Pendidik menghasilkan inovasi terhadap peta pemikiran i-

               THINK sedia ada supaya dapat meningkatkan lagi keberkesanan amalan pedagogi di dalam
               kelas.  Penyelidik  mencadangkan  Siswa-siswi  Pendidik  untuk  mengadakan  perbincangan
               bersama bagi mempelbagaikan lagi kaedah penggunaan peta pemikiran i-THINK di dalam

               amalan pedagogi. Malah, penyelidik menggalakkan Siswa-siswi Pendidik menggunakan peta



               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                850
   863   864   865   866   867   868   869   870   871   872   873