Page 871 - e Prosiding Serai 2021
P. 871

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                      21-22 September 2021

                TAHAP KESEDIAAN DALAM MELAKSANAKAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD)
                                 DALAM KALANGAN GURU DAERAH KUALA NERUS

                 Nur Afiqah Hazirah D, Nur Aliya S, Mohammad Sarihi M.D, Dr. Fouziah M dan Mohd
                                                     Hasif Aiman S

                                   Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail
                                         afiqah17-1141@epembelajaran.edu.my



                                                       ABSTRAK



               Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang dimulakan di Malaysia pada tahun 2017
               telah  memberi  suatu  pembaharuan  besar  di  sekolah  rendah  khasnya  dalam  bidang
               pentaksiran.  Secara  umum,  PBD  merupakan  suatu  pentaksiran  untuk  menilai  pencapaian

               sebenar  murid  secara  holistik  dan  auntentik.  Tujuan  kajian  ini  dijalankan  adalah  untuk
               meninjau  tahap  kesediaan  guru  dari  aspek  pengetahuan,  dan  kemahiran  guru  dalam
               melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dalam Daerah Kuala Nerus. Seramai 291 orang

               guru sekolah rendah yang terdiri daripada pelbagai mata pelajaran dalam Daerah Kuala Nerus
               dijadikan responden kajian. Reka bentuk kajian ini menggunakan kajian tinjauan berbentuk
               deskriptif iaitu menggunakan kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai. Instrumen kajian

               yang digunakan adalah borang soal selidik skala likert yang dianalisis dengan menggunakan
               Statistical Packages for Social Science Version 26.0 (SSPS Version 26.0). Dapatan kajian

               mendapati bahawa guru-guru sekolah rendah bersedia untuk melaksanakan PBD di mana
               skor min setiap aspek yang dikaji adalah tinggi iaitu pengetahuan guru (min = 4.57, sp = 0.43),
               dan  kemahiran  guru  (min  =  4.38,  sp  =  0.46).  Konklusinya,  penyelidik  dapat  memberi

               kesimpulan  bahawa  guru-guru  sekolah  rendah  dalam  Daerah  Kuala  Nerus  bersedia  dari
               aspek pengetahuan dan kemahiran dalam melaksanakan PBD.


               Kata kunci : Pengetahuan, kemahiran, guru-guru, Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).



               PENGENALAN

               Sistem pendidikan merupakan asas penting bagi membangunkan masyarakat dan negara ke
               arah yang lebih baik. Sistem Pendidikan Malaysia telah mencapai usia melebihi 50 tahun pada

               hari ini dengan melalui pelbagai pindaan dan perubahan mengikut peredaran zaman sejak
               tahun 1963. Menurut Roselizam Daud, Roslan Ab Rahman, & Noradilah Abdul Wahab (2019)
               menyatakan,  “Penekanan  kepada  peperiksaan  telah  menyebabkan  guru  kurang  memberi

               perhatian  kepada  kemahiran  berfikir  murid  sebaliknya  menumpukan  kepada  usaha  untuk





               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                853
   866   867   868   869   870   871   872   873   874   875   876