Page 872 - e Prosiding Serai 2021
P. 872
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
menghabiskan sukatan pelajaran dan juga penguasaan teknik menjawab soalan
peperiksaan.” (p.27). Berdasarkan permasalahan ini, pihak kerajaan telah memperkenalkan
sistem pentaksiran alternatif bagi menggantikan pentaksiran berasaskan peperiksaan.
Sistem pentaksiran alternatif merupakan sistem pentaksiran yang dilakukan secara
menyeluruh semasa proses PdPc. Pentaksiran alternatif ini termasuklah Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS) dan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Menurut Mohd Haidzir Yusof
@ Jusoh & Norasmah Othman (2019) menyatakan, “Pentaksiran alternatif dilaksanakan
secara berterusan, adil, telus, mengikut standard untuk menilai kemampuan dan pencapaian
sebenar murid. Pentaksiran alternatif dilakukan oleh guru ke atas murid semasa proses PdPc
secara berterusan di dalam kelas.” (p.337). Hal ini bermakna pentaksiran alternatif seperti
PBS dan PBD ialah pentaksiran untuk menilai pencapaian sebenar murid secara holistik dan
auntentik. PBD dilaksanakan secara berterusan sepanjang proses PdPc, iaitu sepanjang
tahun untuk menilai perkembangan murid.
Menurut Lee Soo Ying & Zanaton Iksan (2019), keprihatinan guru terhadap sesuatu
perkara mempengaruhi tingkah laku dan amalan di dalam bilik darjah. Hal ini bermakna
keprihatian guru tentang pelaksanaan PBD membantu dalam menentukan strategi pengajaran
terbaik agar dapat diintegrasikan secara berkesan di dalam bilik darjah. Menurut Hall dan Hord
(2011) dalam Lee Soo Ying & Zanaton Iksan (2019) mendefinisikan keprihatinan sebagai
perasaan, fikiran serta reaksi individu terhadap sesuatu perubahan yang mempengaruhi
kehidupan mereka. Justeru, keprihatinan juga melibatkan kesediaan guru dalam menghadapi
perubahan pendidikan terutamanya PBD. Oleh itu, kajian yang bakal dilaksanakan ialah tahap
kesediaan dalam melaksanakan PBD dalam kalangan guru Daerah Kuala Nerus.
SOROTAN LITERATUR
Dapatan Kajian Lalu
Kajian lepas yang dijalankan oleh Siti Hauzimah Wan Omar (2018) mendapati bahawa tahap
pengetahuan, kemahiran, sikap dan masalah yang dihadapi oleh guru Bahasa Melayu di
sekolah-sekolah pedalaman Daerah Betong, Sarawak berada di tahap tinggi. Hal ini,
menggambarkan bahawa guru Bahasa Melayu sudah bersedia melaksanakan PBD di
sekolah. Namun begitu, pelbagai masalah yang perlu diselesaikan oleh pelbagai pihak kerana
terdapat bentuk-bentuk masalah yang dihadapi dalam melaksanakan PBD. Kajian ini
melibatkan 95 orang guru Bahasa Melayu di sekolah-sekolah pedalaman Daerah Betong,
Sarawak. Kajian untuk PBD hanya dilakukan oleh Siti Hauzimah Wan Omar (2018) di
Sarawak.
Selain itu, menurut Mohd Haidzir Yusof @ Jusoh & Norasmah Othman (2019), terdapat
6 kekangan pentaksiran alternatif iaitu kesediaan guru, sikap guru, pengetahuan pentaksiran,
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 854

