Page 873 - e Prosiding Serai 2021
P. 873
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
peruntukan masa pengajaran dan pembelajaran, bebanan guru dan sokongan pihak
berautoriti. Dari aspek kesediaan guru, Mohd Haidzir Yusof @ Jusoh & Norasmah Othman
(2019) mendapati, “Kebanyakan guru tidak bersedia dengan tugasan pentaksiran alternatif
seperti PBS yang hanya menambahkan tugas guru. Walaupun guru telah diberi latihan dan
kursus, sebilangan guru masih lagi tidak yakin dalam melaksanakan pentaksiran alternatif.”
(p.343).
Berdasarkan kajian-kajian lepas tersebut, jelaslah bahawa guru-guru bersedia untuk
melaksanakan PBD dan PBS berdasarkan aspek-aspek tahap kesediaan iaitu pengetahuan,
dan kemahiran. Hal ini demikian kerana kedua-dua aspek ini sangat penting dalam
mempersiapkan guru untuk melaksanakan PBD di sekolah. Namun begitu, kajian ini hanya
terhad kepada sasaran dan kawasan tertentu sahaja. Oleh itu, kajian ini dilakukan khusus
kepada guru sekolah rendah dalam Daerah Kuala Nerus.
TEORI / MODEL KAJIAN
Teori Reflektif Wallace
Kajian ini merujuk kerangka Teori Reflektif Wallace (1991) dalam Nor Azlina Ahmad (2015)
yang berpendapat bahawa seseorang guru biasanya mempunyai pengetahuan dan
pengalaman sedia ada yang berkaitan dengan bidang tugasnya. Seseorang guru akan
mengaitkan pengetahuan yang diterima (received knowledge) dengan pengetahuan melalui
pengalaman (experiental knowledge) yang merupakan dua sumber yang penting dalam
latihan profesional.
Rajah 1 : Kerangka Teori Model Reflektif Wallace (1991).
Kerangka Konseptual
Kerangka konseptual ini digubal dengan merujuk kepada Kerangka Teori Model Reflektif
Wallace (1991) yang telah diubahsuai mengikut kesesuaian kajian. Berdasarkan kajian ini,
pemboleh ubah bagi tahap kesediaan ialah pengetahuan dan kemahiran. Pemboleh ubah
bersandar ialah pemboleh ubah yang menerima kesan satu atau lebih pemboleh ubah tidak
bersandar (pemboleh ubah hasil). Pemboleh ubah bersandar ialah tahap kesediaan guru
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 855

