Page 893 - e Prosiding Serai 2021
P. 893

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                      21-22 September 2021

               pelajaran  Sains  dalam  aktiviti  pengajaran  dan  pembelajaran  bagi  kedua-dua  kaedah
               pengajaran. Sebanyak lima item yang telah disoal dan data ini dianalisis dan dibentangkan

               dalam  bentuk  jadual  supaya  mudah  dijelaskan.  Jadual  4  menunjukkan  item-item  yang
               dikemukakan dalam borang soal selidik serta bilangan dan peratusan responden menjawab
               'YA' atau 'TIDAK' bagi kedua-dua kaedah pengajaran.


                  Jadual 3: Analisis Data Soal Selidik Sebelum Intervensi dan Selepas Intervensi (Minat)


                                      ITEM                            SEBELUM            SELEPAS

                                                                     INTERVENSI         INTERVENSI
                                                                     YA      TIDAK      YA      TIDAK

                 MINAT
                 1     Saya berminat dalam mata pelajaran Sains       1        2         3        0
                                                                    (33%)    (67%)    (100%)    (0%)

                 2     Saya berasa bosan semasa pembelajaran          3        0         0        3
                       Sains                                       (100%)     (0%)     (0%)    (100%)

                 3     Saya  lebih  suka  mata  pelajaran  lain       3        0         1        2
                       berbanding Sains                            (100%)     (0%)     (33%)    (67%)
                 4     Saya      berasa      seronok      dengan      0        3         3        0

                       pembelajaran pada hari ini                   (0%)     (100%)  (100%)     (0%)
                 5     Saya suka membaca buku-buku berkaitan          0        3         2        1

                       dengan Sains apabila ada waktu lapang        (0%)     (100%)    (67%)    (33%)
                 6     Saya  selalu  tidak  fokus  semasa  sesi       2        1         0        3
                       pembelajaran                                 (67%)    (33%)    (100%)    (0%)



                       Bagi  item  pertama,  hanya  seorang  responden  (33%)  yang  berminat  dengan  mata
               pelajaran  Sains  manakala  dua  orang  responden  (67%)  menjawab  sebaliknya.  Namun

               bilangan ini telah meningkat kepada tiga orang responden (100%) yang menjawab ‘Ya” iaitu
               berminat dengan mata pelajaran Sains apabila kaedah Smartthink digunakan. Seramai tiga

               orang  responden  (100%)  menjawab  ‘Ya’  iaitu  berasa  bosan  semasa  pengajaran  Sains
               menggunakan  kaedah  nota  guru  (sebelum  intervensi)  dan  apabila  kaedah  Smartthink
               digunakan  (selepas  intervensi),  seramai  tiga  orang  responden  (100%)  tersebut  menjawab

               ‘Tidak’  iaitu  menafikan  berasa  bosan  dengan  pembelajaran  Sains  tersebut.  Seterusnya,
               seramai tiga orang responden (100%) yang bersetuju bahawa mereka lebih sukakan mata

               pelajaran lain berbanding mata pelajaran Sains bagi kaedah nota guru. Perkara ini berubah
               apabila  pengkaji  menggunakan  kaedah  Smarthink  iaitu  dua  orang  responden  (67%)
               menjawab ‘Tidak’ bagi item ini manakala seorang responden (33%) menjawab ‘Ya’.




               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                875
   888   889   890   891   892   893   894   895   896   897   898