Page 894 - e Prosiding Serai 2021
P. 894
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Bagi item keempat, ketiga-tiga orang responden (100%) menjawab ‘Tidak’ bagi
pernyataan berasa seronok dengan pembelajaran apabila kaedah nota guru digunakan.
Setelah kaedah Smartthink digunakan, situasi ini berubah iaitu ketiga-tiga orang responden
tersebut (100%) menjawab ‘Ya”. Seterusnya ketiga-tiga orang responden (100%) menjawab
‘Tidak’ bagi pernyataan suka membaca buku berkaitan dengan Sains apabila ada waktu
lapang. Namun, situasi ini berubah apabila kaedah Smartthink digunakan iaitu seramai dua
orang (67%) yang menjawab ‘Ya’ dengan pernyataan tersebut manakala seorang responden
(33%) menyatakan sebaliknya. Seterusnya seramai dua orang responden (67%) yang
menjawab ‘Ya” bagi item selalu tidak fokus semasa sesi pembelajaran manakala seorang
responden (33%) menjawab ‘Tidak”. Keadaan ini berubah apabila ketiga-tiga orang
responden tersebut (100%) menjawab ‘Tidak’ apabila kaedah ‘Smartthink’ digunakan.
Persoalan kajian yang ketiga untuk membuktikan peningkatan kefahaman murid-murid
pula dapat dilihat melalui soal selidik. Jadual 6 berikut menunjukkan item-item yang
dikemukakan dalam borang soal selidik serta bilangan dan peratusan responden yang
menjawab ‘Ya’ atau ‘Tidak’ bagi kedua-dua kaedah pengajaran.
Jadual 4: Analisis Data Soal Selidik Sebelum Intervensi dan Selepas Intervensi (Kefahaman)
ITEM SEBELUM SELEPAS
INTERVENSI INTERVENSI
YA TIDAK YA TIDAK
KEFAHAMAN
1 Saya sukar untuk memahami topik yang 3 0 1 2
dipelajari. (100%) (0%) (33%) (67%)
2 Saya keliru dengan topik yang dipelajari. 2 1 0 3
(67%) (33%) (0%) (100%)
3 Saya dapat memahami topik yang 0 3 3 0
dipelajari dengan baik.
(0%) (100%) (100%) (0%)
4 Kaedah ini berkesan untuk meningkatkan 1 2 3 0
kefahaman saya dalam topik Mesin
(33%) (67%) (100%) (0%)
Ringkas.
5 Melalui kaedah ini, saya dapat memahami 0 3 3 0
topik yang dipelajari dengan cepat. (0%) (100%) (100%) (0%)
Terdapat lima item yang dinyatakan dalam borang soal selidik ini. Bagi item yang
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 876

