Page 895 - e Prosiding Serai 2021
P. 895
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
pertama, tiga orang responden (100%) yang menjawab ‘Ya’ bagi pernyataan sukar untuk
memahami topik yang dipelajari selepas kaedah nota guru digunakan manakala selepas
menggunakan kaedah Smartthink, hanya seorang responden (33%) menjawab ‘Ya’.
Seterusnya, item kedua sebanyak dua orang responden (67%) yang menjawab ‘Ya’ iaitu
berasa keliru apa yang diajar oleh guru. Apabila pengkaji menggunakan kaedah Smartthink,
ketiga-tiga responden (100%) menjawab ‘Tidak’ bagi item tersebut. Bagi item ketiga pula, tiga
orang responden (100%) menjawab ‘Tidak’ bagi pernyataan dapat memahami pelajaran
dengan baik apabila kaedah pengajaran nota guru digunakan. Situasi ini berubah apabila
pengkaji menggunakan kaedah Smartthink iaitu ketiga-tiga orang responden (100%)
menjawab ‘Ya’.
Bagi item keempat pula, seorang responden (33%) menjawab ‘Ya’ bagi pernyataan
kaedah yang digunakan berkesan untuk meningkatkan kefahaman dalam topik Mesin Ringkas
manakala dua orang responden (67%) menjawab sebaliknya. Namun situasi ini berubah
apabila pengkaji menggunakan kaedah Smartthink, tiga orang responden (100%) ‘Ya’ bagi
item yang dinyatakan. Seterusnya, tiga orang responden (100%) menjawab ‘Tidak’ bagi item
terakhir iaitu menafikan bahawa responden dapat memahami topik yang dipelajari dengan
cepat apabila kaedah nota guru digunakan. Namun keadaan ini berubah apabila pengkaji
menggunakan kaedah Smartthink iaitu tiga orang responden (100%) menjawab ‘Ya” bagi item
ini.
PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN DAPATAN
Dapatan kajian dan analisis data yang diperolehi daripada instrument pemerhatian, soal
selidik, temu bual, ujian diagnostik dan ujian telah berhasil menjawab persoalan-persoalan
dan objektif-objektif kajian tindakan ini. Perbincangan dalam dapatan kajian yang bertumpu
kepada pencapaian (skor) telah berjaya membuktikan bahawa terdapat peningkatan selepas
responden menggunakan kaedah Smartthink dalam pengajaran dan pembelajaran tajuk
Mesin Ringkas. Dapatan kajian ini ini selari dengan kajian yang dijalankan oleh (Tee, 2016)
bahawa hubungan positif sederhana antara penggunaan peta minda dengan pencapaian
akademik menunjukkan pelajar yang dapat menghasilkan peta minda yang berkualiti
berupaya memperoleh gred pencapaian yang baik. Perkara ini menyimpulkan bahawa peta
minda membantu murid menguasai pelajaran dan meningkatkan pencapaian akademik suatu
mata pelajaran yang dipelajari.
Dapatan kajian hasil analisis soal selidik dan temu bual pula berjaya menunjukkan
peningkatan dari segi minat sebelum pelaksanaan dan selepas pelaksanaan kaedah
Smartthink. Dapatan kajian ini adalah selari dengan kajian (Idris & Noor, 2019) yang
mendapati bahawa secara holistik data kajiannya menggambarkan majoriti responden
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 877

