Page 898 - e Prosiding Serai 2021
P. 898

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                      21-22 September 2021

                  KEBERKESANAN PENGGUNAAN APLIKASI MATTERPRO BAGI MENINGKATKAN
                             PENGUASAAN MURID TAHUN 5 DALAM TOPIK SIFAT JIRIM


                Muhammad Nur Fitri M, Nur Aliya s, Nur Farrah Anis F , Dr Fouziah M dan Muhammad
                                                     Zaim Hakim L

                                   Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail
                                           nur17-1138@epembelajaran.edu.my




                                                       ABSTRAK


               Topik Sifat Jirim merupakan salah satu topik yang perlu dipelajari oleh murid Tahun 5 dalam
               matapelajaran  Sains.  Topik  ini  terkandung  dalam  Kurikulum  Standard  Tahun  5  yang

               mensasarkan objektif di akhir pembelajaran murid mampu mencirikan sifat pepejal, cecair dan
               gas serta mampu mengelaskan contoh bahan atau objek berdasarkan keadaan jirim. Namun
               terdapat sebahagian murid yang lemah dalam mengenalpasti sifat jirim dan gagal menguasai

               topik  tersebut.  Oleh  itu  aplikasi  MatterPro  dicipta  oleh  penyelidik  bagi  membantu
               meningkatkan minat dan penguasaan murid dalam topik Sifat Jirim. Secara langsung juga
               aplikasi  ini  dapat  meningkatkan  pencapaian  murid  dalam  topik  ini.  Aplikasi  MatterPro

               merupakan pakej gabungan penggunaan nota grafik, video dan kuiz. Kajian ini dijalankan di
               Sekolah Kebangsaan Bukit Tok Beng, Kuala Nerus, Terengganu. Seramai lima orang murid

               Tahun  6  dipilih  sebagai  peserta  kajian  berdasarkan  markah  ujian  dianogstik  mereka.
               Pengumpulan  data  kajian  dilakukan  melalui  penggunaan  instrumen  soal  selidik,  temubual
               serta ujian 1 dan ujian 2 bagi mengumpul data. Keputusan analisis data menunjukkan kesan

               positif  terhadap  peserta  kajian  di  mana  terdapat  peningkatan  penguasaan  100%  peserta
               kajian dalam topik yang dikaji. Dapatan juga turut menunjukkan perubahan positif terhadap
               minat dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh yang demikian, aplikasi MatterPro ini

               berperanan meningkatkan kualiti amalan pengajaran guru dan pembelajaran murid.



               Kata kunci : aplikasi MatterPro, Sifat Jirim, instrumen



               PENGENALAN

               Kurikulum Sains Sekolah Rendah bertujuan untuk menyemai minat murid terhadap sains dan
               teknologi dan memberi asas pengetahuan dan kemahiran sains dan teknologi. Ianya akan

               dicapai  sekiranya  proses  pengajaran  dan  pembelajaran  yang  dilakukan  mencapai  tahap
               pengajaran berkesan. Dalam bahasa yang mudah, murid akan berasa seronok, bertambah
               minat, faham, menghayati bahan yang diajar, meningkatkan kemahiran dalam aspek kognitif




               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                880
   893   894   895   896   897   898   899   900   901   902   903