Page 899 - e Prosiding Serai 2021
P. 899
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
dan manipulasi serta dapat melakukan aktiviti yang berkaitan dengan proses pembelajaran
yang dijalani.
Bagi maksud sains yang diambil dari perkataan Inggeris, iaitu ‘Science’ dan menurut
maksud sains yang ditarifkan dalam Kamus Oxford English (1998), sains merupakan sebuah
cabang dimana ilmu tersebut dikaji dan selidik oleh sekumpulan penyataan yang dibukti atau
disokong dengan fakta yang ditinjau dan disusun secara berperingkat dan dihimpunkan dalam
bentuk hukum umum. Sains merupakan salah satu mata pelajaran yang perlu dipelajari oleh
murid tahun 5 sekolah rendah. Murid perlu tahu bahawa mempelajari sains bertujuan
memahami diri dan persekitaran. Sains mengajar murid berfikir secara sistematik, berfokus,
merekod dengan tepat dan juga berfikir dengan rasional. Murid juga diterapkan dengan nilai-
nilai murni seperti mensyukuri nikmat Tuhan serta menyedari kepentingan sains dan teknologi
(Kepentingan Pendidikan Malaysia, 2012).
Sains adalah sesuatu yang empirikal kerana ia berdasarkan pengkajian tentang bukti
yang nampak. Namun begitu, sepanjang proses mempelajari sains, murid tidak dapat
dipisahkan dengan fakta-fakta dan teori-teori di dalamnya. Terlalu banyak fakta dan teori yang
yang perlu difahami serta memerlukan kaedah menghafal supaya murid lebih memahami dan
mengekalkan ingatan jangka panjang. Terdapat sebahagian murid menghadapi masalah
dalam memahami serta menghafal fakta sains yang diperolehi. Perkara ini dipandang serius
kerana sedikit sebanyak ianya mengganggu proses pembelajaran sains yang berlaku.
Mendepani cabaran abad ke-21, agenda melahirkan modal insan minda kelas pertama
berdasarkan apa yang digariskan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-
2010 (Kementerian Pelajaran, 2006), berkualiti tinggi sebagaimana gagasan Pelan
Pembangunan Pendidikan (PPPM) 2013-2025 (Kementerian Pelajaran,2013). Murid
seharusnya disediakan dengan kemahiran dan kompetensi kurikulum yang bakal melahirkan
murid yang seimbang, berdaya tahan, bersemangat ingin tahu, berprinsip, mempunyai
kemahiran berfikir dan berkomunikasi dengan berkesan.
FOKUS KAJIAN
Berdasarkan kepada refleksi awal pengajaran dan pembelajaran, pengkaji telah mengesan
beberapa masalah yang dihadapi oleh murid. Pemilihan fokus kajian adalah berdasarkan
catatan refleksi PdP selepas mengajar tajuk Standard Kandungan (9.1) Keadaan Jirim dalam
mencapai SP (9.1.3) Mencirikan sifat pepejal, cecair dan gas dengan menjalankan aktiviti dari
segi jisim, memenuhi ruang, isipadu dan bentuk. Namun pengkaji hanya memfokuskan
kepada topik Sifat Jirim. Pengkaji memfokuskan kepada penguasaan murid dalam
mengenalpasti Sifat Jirim.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 881

