Page 900 - e Prosiding Serai 2021
P. 900

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                      21-22 September 2021

                       Selain itu, sesetengah murid jelas menunjukkan kekeliruan antara sifat pepejal, cecair
               dan  gas.  Sebilangan  besar  berupaya  menjawab  soalan  guru  secara  lisan  sementara

               selebihnya masih tidak dapat menjawab dengan yakin dan betul. Walaupun pengkaji telah
               menggunakan pelbagai kaedah dan aktiviti dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, namun
               kaedah-kaedah tersebut tidak memberikan impak positif dalam jangka masa yang panjang.

                       Disebabkan  atas  dasar  keperihatinan,  pengkaji  perlu  mengambil  inisiatif  bagi
               memikirkan kaedah penyelesaian terhadap masalah tersebut. Kaedah yang dipilih pengkaji

               menepati  Standard  Kandungan  subjek  Sains.  Dalam  usaha  ini  diharap  masalah  murid  ini
               dapat diatasi dan mereka berpeluang menikmati pembelajaran seperti rakan-rakan sebaya
               mereka.


               OBJEKTIF DAN SOALAN


                                         Jadual 1 : Objektif Dan Persoalan Kajian

                Objektif Kajian                           Persoalan Kajian
                Menambah minat murid dalam Sains          Adakah dengan menggunakan aplikasi
                dengan menggunakan aplikasi               MatterPro dapat menambah minat
                MatterPro                                 murid dalam Sains?



                Meningkatkan kefahaman murid              Adakah dengan menggunakan aplikasi
                dalam topik Sifat Jirim dengan            MatterPro dapat meningkatkan
                menggunakan aplikasi MatterPro            kefahaman murid dalam topik Sifat
                                                          Jirim?
                Meningkatkan pencapaian murid             Adakah dengan menggunakan aplikasi
                dalam topik Sifat Jirim dengan            MatterPro dapat meningkatkan
                menggunakan aplikasi MatterPro            pencapaian murid dalam topik Sifat
                                                          Jirim?


               PESERTA KAJIAN

               Pelaksanaan kajian ini akan melibatkan 5 orang peserta kajian yang terdiri daripada murid

               tahun 6 Firdaus dari kelas yang sama di sekolah praktikum pada fasa dua iaitu di SK Bukit
               Tok  Beng,  Kuala  Nerus,  Terengganu.  Peserta  kajian  yang  dipilih  menghadapi  masalah
               menguasai konsep dan fakta dalam topik Sifat Jirim. 5 orang murid dipilih sebagai peserta

               kajian bardasarkan markah ujian dianogstik yang diberikan oleh pengkaji.













               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                882
   895   896   897   898   899   900   901   902   903   904   905