Page 902 - e Prosiding Serai 2021
P. 902

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                      21-22 September 2021

                       Selain itu, penyelidik juga menjalankan soal selidik dan temubual bagi mendapat input-
               input yang berkenaan tentang penggunaan aplikasi MatterPro terhadap tajuk yang digunakan

               semasa sesi intervensi berlangsung.

               DAPATAN KAJIAN


               Kesemua data berkenaan akan dihuraikan dengan lebih terperinci bagi menilai penguasaan
               dan minat peserta kajian selaras dengan objektif dan soalan kajian yang telah ditetapkan pada

               awal penyelidikan.

               1. Menambah minat murid dalam Sains dengan menggunakan aplikasi MatterPro

                       Pengumpulan  data  melalui  soal  selidik  yang  dijalankan  bagi  memberikan  ruang

               kepada  peserta  kajian  memberikan  maklum  balas  yang  jujur  tanpa  perlu  menyatakannya
               secara terus kepada pengkaji dan memikirkan reaksi pengkaji. Berikut merupakan rumusan
               bagi soal selidik peserta kajian sebelum dan selepas intervensi.


                             Jadual 4 Rumusan Soal Selidik Peserta Kajian Selepas Intervensi

                Bil   Item                                               Sebelum       Selepas

                                                                         (%)           (%)
                1    Sains ialah subjek yang saya minati di sekolah         20%          100%
                2    Saya ada melibatkan diri semasa menjalankan            20%          100%

                     aktiviti hari ini
                3    Saya suka cara cikgu mengajar pada hari ini            20%           80%

                4    Saya faham tentang apa yang dipelajari hari ini         0%          100%
                5    Saya ingin terlibat secara aktif dalam aktivtiti       20%           60%
                     ketika pembelajaran Sains berlangsung

                6    Saya lebih mudah ingat konsep yang telah                0%           80%
                     dipelajari dalam Sains
                7    Saya suka aktiviti yang dijalankan oleh guru           20%          100%



                       Dari segi pola perubahan yang dianalisis oleh pengkaji terhadap item yang dipilih ke

               atas  peserta,  penggunaan  aplikasi  MatterPro  dilihat  telah  memberi  sumbangan  dalam
               perubahan  minat  kelima-lima  peserta  kajian.  Oleh  yang  demikian,  hal  ini  menunjukkan
               bahawa  aplikasi  MatterPro  telah  memberikan  implikasi  yang  positif  dalam  kajian  ini.

               Interpretasi keseluruhan  data  dan  dapatan  daripada  soal  selidik menggambarkan  bahawa
               peserta  kajian  berjaya  mencatat  perubahan  positif  dari  segi  minat  terhadap  pembelajaran

               dalam subjek Sains menerusi aplikasi MatterPro yang diperkenalkan.




               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                884
   897   898   899   900   901   902   903   904   905   906   907