Page 901 - e Prosiding Serai 2021
P. 901
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Jadual 2 : Kumpulan Sasaran Yang Terlibat Dalam Kajian
Billangan Peserta Kajian 5 orang murid dalam kelas 6 Firdaus
Prestasi Akademik - Mendapat skor yang rendah (<45%) dalam
ujian diagnostik yang telah dilakukan oleh
pengkaji
- Menghadapi masalah mengingati fakta dan
memahami konsep Sains
- Tahap penguasaan yang minimum dalam
topik Sifat Jirim
PELAKSANAAN KAJIAN
Pengkaji telah mengikut rangka serta perancangan yang telah ditetapkan untuk
melaksanakan kajian tindakan ini. Pengkaji telah merujuk kepada Model Reka Bentuk Kajian
yang dihasilkan oleh Stephen Kemmis dan McTaggart iaitu gelung model Penyelidikan
Kemmis dan McTaggart (1998) dalam melaksanakan kajian tindakan yang telah dirangka.
Dalam kajian ini, pengkaji telah merancang beberapa set instrumen yang melibatkan
soal selidik, temubual serta ujian 1 dan ujian 2 bagi kaedah pengumpulan data. Melalui set
instrumen ini, pengkaji akan mengumpul data serta menganalisis data tersebut bagi
menjawab persoalan yang dinyatakan dalam kajian. Semasa sesi intervensi berlangsung,
peserta kajian dikehendaki menggunakan aplikasi MatterPro semasa pengajaran dan
pembelajaran sedang dijalankan. Pada peringkat ini, pengkaji akan menjalankan aplikasi
MatterPro dimana terdapat nota grafik, video dan kuiz.
Sebelum pelaksanaan intervensi dilaksanakan, penyelidik telah menjalankan ujian 1.
Ujian 1 ini diadakan bertujuan untuk melihat pencapaian markah peserta kajian pada peringkat
sebelum intervensi dan mengesan kelemahan berkaitan tajuk yang telah dipelajari.
Setelah sesi pengajaran dan pembelajaran dengan mengunakan intervensi yang
dipilih, penyelidik mengedar ujian 2 untuk dijawab oleh peserta kajian. Soalan ujian 2 adalah
setara dengan ujian 1. Ini bertujuan untuk melihat kemampuan peserta kajian untuk
mengingati fakta dan memahami konsep Sifat Jirim. Sudah tentunya tahap kefahaman ini
dapat ditentukan melalui peningkatan yang ditunjukkan dalam skor ujian 2 yang telah
dilakukan oleh kesemua peserta kajian.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 883

