Page 904 - e Prosiding Serai 2021
P. 904

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                      21-22 September 2021

                       Analisis dapatan di atas menunjukkan PK1 dan PK2 telah menguasai kesemua item
               yang difokuskan dalam soalan Ujian 2 yang diberikan. PK3 telah menguasai 10/12 daripada

               soalan ujian yang diberikan. Walaubagaimanapun pengkaji melihat secara keseluruhan bagi
               mengesan kefahaman peserta kajian. Didapati secara keseluruhannya peserta kajian dapat
               meningkatkan  kefahaman  dalam  topik  ini.  Intervensi  yang  dijalankan  telah  menunjukkan

               analisis  kedua-dua  dokumen  murid  menunjukkan  kefahaman  peserta  terhadap  topik
               meningkat.


               3.  Meningkatkan  pencapaian  murid  dalam  topik  Sifat  Jirim  dengan  menggunakan  aplikasi
               MatterPro

               Ujian secara formatif ini dijalan sebanyak dua kali iaitu ujian 1 untuk sebelum manakala ujian

               2 untuk selepas intervensi dijalankan. Analisis daripada kedua-dua ujian terbabit menunjukkan
               peratus  markah  kelima-lima  peserta  kajian  selepas  intervensi  mengatasi  markah  sebelum

               intervensi dilaksanakan. Pengkaji juga turut mencatat perubahan pola gred pencapaian yang
               dicapai oleh peserta kajian dalam kedua-dua ujian tersebut.

                           Jadual : Analisis Perbandingan Peratusan Markah Ujian 1 dan Ujian 2


                Peserta Kajian         Ujian 1           Ujian 2         Perbezaan          Prestasi
                PK1                    58.3%             100.0%             +41.7           Meningkat

                PK2                    58.3%             100.0%             +41.7           Meningkat
                PK3                    66.7%             83.3%              +16.6           Meningkat
                PK4                    75.0%             83.3%              +8.3            Meningkat

                PK5                    75.0%             83.3%              +8.3            Meningkat



                       Analisis  yang  ditunjukkan  oleh  pengkaji  dalam  jadual  di  atas  jelas  menunjukkan
               peningkatan  yang  ketara  bagi  setiap  peserta  kajian.  Jika  dibandingkan  prestasi  markah
               peserta sebelum  aplikasi  MatterPro,  secara  puratanya  peserta kajian mempunyai  prestasi

               yang rendah. PK1 Dan PK2 mencatat pencapaian paling rendah dalam ujian pra iaitu 58.3%
               diikuti  oleh  PK3  66.7%  dan  seterusnya  PK4  dan  PK5  iaitu  75.0%.  Pengkaji  telah
               memperkenalkan aplikasi MatterPro dan sekali lagi analisis dibuat melalui ujian 2.


                       Pada peringkat ini, pengkaji telah menunjukkan terdapat perubahan dalam peratusan
               pencapaian markah bagi setiap peserta kajian. Secara keseluruhannya pencapaian kelima-

               lima mereka telah meningkat. Peningkatan bagi setiap peserta adalah tidak sama. Bagi PK1
               dan  PK2,  ia  menunjukkan  peningkatan  paling  banyak  iaitu  meningkat  sebanyak  41.7%
               daripada  pencapaian  asal.  PK1  dan  PK2  menunjukkan  perubahan  peratus  pencapaian

               markah  sama  iaitu  daripada  58.3%  kepada  100%.  Ini  diikuti  oleh  PK3  yang  meningkat




               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                886
   899   900   901   902   903   904   905   906   907   908   909