Page 905 - e Prosiding Serai 2021
P. 905
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
sebanyak 16.6% daripada peratus markah ujian pra pada awalnya hanya 66.7%. Peningkatan
juga didapati bagi peratus markah PK4 dan PK5 iaitu masing masing dengan peningkatan
sebanyak 8.3%.
Peningkatan terhadap peratusan markah kesemua peserta kajian yang terlibat
menunjukkan bahawa 100% peserta menunjukkan perubahan peningkatan dalam capaian
ujian 1 dan ujian 2. Daripada analisis data yang diperolehi pengkaji telah berjaya menunjukkan
bahawa aplikasi MatterPro yang diperkenalkan membantu dalam meningkatkan tahap
pencapaian murid dalam topik Sifat Jirim.
CADANGAN TINDAKAN SUSULAN
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, pengkaji ingin mencadangkan beberapa perkara
untuk kajian seterusnya. Kajian ini hanya memfokuskan kepada lima orang peserta kajian
terpilih sahaja yang diambil dari kelas 6 Firdaus. Sehubungan dengan itu bagi menguji kajian
yang dijalankan dengan lebih efektif, bilangan calon kajian yang terlibat bolehlah ditingkatkan
antara sepuluh hingga lima belas orang. Hal ini disebabkan jumlah peserta kajian yang lebih
besar akan memberikan kesahan dan kebolehpercayaan dapatan kajian yang lebih tinggi.
Dengan itu, kejituan data yang dianalisis akan dapat dipertingkatkan.
Selain itu, pengkaji juga mencadangkan agar kajian ini diperluaskan lagi untuk topik-
topik lain dalam subjek Sains selain boleh digunakan dalam subjek lain bagi melihat
keberkesanan aplikasi MatterPro ini.
Dalam kajian ini, pengkaji telah mengaplikasikan instrumen kajian iaitu Ujian 1 dan
Ujian 2, soal selidik dan temu bual. Oleh itu, pengkaji mencadangkan agar kajian seterusnya
menggunakan pelbagai instrumen lain seperti analisis dokumen bagi melihat keberkesanan
pendekatan yang diaplikasikan. Penggunaan instrumen yang pelbagai amat perlu kerana
pengkaji boleh menilai dengan lebih terperinci setiap hasil analisis yang dilakukan.
Kajian yang dilaksanakan ini hanya dijalankan kepada murid yang memiliki tahap
prestasi lemah sahaja. Cadangan pelaksanaan kajian yang akan datang adalah penggunaan
peserta kajian yang mempunyai pelbagai tahap pencapaian. Rasionalnya adalah kerana hasil
dapatan yang diperoleh akan dapat dibuat bandingbeza dan keputusan kajian tersebut boleh
dijadikan rujukan terhadap kajian dari pelbagai tahap prestasi akademik peserta.
Kajian ini dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Bukit Tok Beng, Kuala Nerus,
Terengganu. Sebagai penambahbaikan akan datang, kajian lanjutan juga boleh dilakukan di
sekolah yang berlainan ketika melaksanakan intervensi tetapi mempunyai kedudukan geografi
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 887

