Page 907 - e Prosiding Serai 2021
P. 907
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
MENINGKATKAN KEMAHIRAN 2M DALAM KALANGAN MURID TAHUN 2
MENGGUNAKAN HALAMAN PEMBELAJARAN TERADUN CEKAL WARNA@2.
1
Muhammad Sabiq bin Mohd Noor , Nur Hayani binti Yaakub , Mohd Asnorhisham bin
1
3
2
Adam , Nadiahtun Azreen binti Othman , Irni binti Ismail 4
1
Sekolah Kebangsaan Senibong, Pasir Gudang, Johor , Pejabat Pendidikan Daerah Pasir
2
3
Gudang, Johor , Sekolah Kebangsaan Permas Jaya 4, Pasir Gudang Johor , Sekolah
4
Kebangsaan Taman Molek, Pasir Gudang, Johor
msabiq3@gmail.com
ABSTRAK
Kemahiran literasi melibatkan dua kemahiran asas dalam penerokaan ilmu iaitu kemahiran
membaca dan menulis (Kemahiran 2M). Kemahiran membaca merupakan proses mengecam
perkataan yang dilihat dan mengaitkannya dengan bunyi yang bermakna manakala
kemahiran menulis ialah proses menterjemahkan bunyi ke dalam tulisan yang bermakna.
Kegagalan murid menguasai kemahiran ini berpunca daripada masalah proses penyah kod
melibatkan proses menghubungkan huruf-huruf dan suku kata kepada bahasa lisan atau
bentuk tulisan khususnya kepada murid tahap 1. Oleh yang demikian, sebuah halaman e-
pembelajaran berasaskan pembelajaran teradun dengan mengintegrasikan aplikasi
pendidikan dalam kemahiran 2M iaitu CEKAL WARNA@2 telah dibangunkan. Kajian ini
bertujuan untuk meningkatkan kemahiran 2M kumpulan sasaran, iaitu murid darjah dua
menggunakan kaedah kutipan data seperti ujian sebelum dan selepas menggunakan
instrumen literasi Bahasa Melayu. Dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan
penguasaan murid dalam kemahiran 2M selepas intervensi dilaksanakan. Kesimpulannya,
intervensi ini menyokong hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) dalam anjakan
kedua Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 serta mewujudkan
sebuah persekitaran pembelajaran yang interaktif dan interaktiviti bagi mencapai
pembelajaran bermakna.
Kata kunci : Kemahiran membaca, Kemahiran menulis, Pembelajaran Teradun
PENGENALAN
Kemahiran membaca dan menulis (2M) merupakan kemahiran asas yang harus dikuasai oleh
murid-murid sekolah rendah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Kemahiran membaca
adalah aktiviti kognitif yang memerlukan keupayaan individu menyahkod dan memahami
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 889

