Page 921 - e Prosiding Serai 2021
P. 921

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                      21-22 September 2021

                MOTIVASI, SOKONGAN IBU BAPA DAN KEINGINAN MENGIKUTI SESI PDPR DALAM
                                      KALANGAN MURID SEKOLAH MENENGAH

                                                                                          5
                                                  2
                              Chun C.C , Aziah A , Radziah M , Chow S.C  dan S’aleh O
                                        1
                                                               3
                                                                            4

                                      1,2,3,4,5 SMK Seri Bintang Selatan, Kuala Lumpur
                                                 chun@smksbs.edu.my


                                                       ABSTRAK



               Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) ekoran daripada penutupan
               sekolah  akibat  pandemik  Covid-19  menjadi  isu  yang  hangat  diperkatakan  pada  masa  ini.

               Kajian  kuantitatif  ini  dijalankan  untuk  mengkaji  persepsi  murid-murid  mengenai  masalah
               kemudahan peranti dan talian Internet serta cabaran yang dihadapi semasa mengikuti sesi
               PdPR. Selain itu, kajian bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara faktor motivasi,

               sokongan ibu bapa dengan keinginan murid mengikuti sesi PdPR. Sebanyak 476 orang murid
               dipilih  secara  pensampelan  rawak  mudah  bagi  menjawab  soal  selidik.  Data  dianalisis
               menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) Versi 26. Data analisis

               menggunakan  analisis  deskriptif  dan  korelasi  Pearson  Product-Moment.  Dapatan  kajian
               mendapati cabaran yang dihadapi oleh murid-murid ialah masalah penyambungan Internet
               (40.3%) dan kesukaran untuk memahami isi kandungan mata pelajaran (21.6%). Hasil analisis

               menunjukkan  53.6%  murid  mempunyai  keinginan  untuk  mengikuti  sesi  PdPR  pada  tahap
               tinggi. Dapatan kajian menunjukkan faktor motivasi (r=.48, p<.05) dan sokongan ibu bapa

               (r=.40, p< .05) mempunyai hubungan yang signifikan dengan keinginan murid mengikuti sesi
               PdPR. Faktor motivasi, sokongan ibu bapa, kemudahan peranti, talian Internet dan kesukaran
               untuk  memahami  isi  kandungan  mata  pelajaran  perlu  diberikan  perhatian  dalam  usaha

               meningkatkan  keberkesanan  sesi  PdPR.  Kajian  ini  diharapkan  dapat  meningkatkan
               keberkesanan  pelaksanaan  sesi  PdPR  melalui  cadangan  agar  murid-murid  mempunyai
               keinginan untuk mengikuti sesi PdPR.


               Kata kunci:  Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), motivasi, sokongan ibu bapa,
                            keinginan


               PENGENALAN

               Penyebaran penyakit Covid-19 yang bermula di Wuhan, China pada akhir Disember 2019

               telah mengakibatkan berlakunya pandemik di seluruh dunia. Di Malaysia, Perintah Kawalan
               Pergerakan  (PKP)  dilaksanakan  bermula  18  Mac  2020  menyebabkan  institusi  pendidikan
               telah  diarahkan  ditutup  untuk  mengelakkan  penularan  penyakit  Covid  19.  Kementerian




               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                903
   916   917   918   919   920   921   922   923   924   925   926