Page 924 - e Prosiding Serai 2021
P. 924
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Pallant (2010) menyatakan bahawa nilai alpha .70 adalah nilai yang boleh diterima
manakala nilai alpha .80 ke atas ialah nilai yang lebih baik bagi menunjukkan kesahan
dalaman yang baik bagi alat pengukuran kajian. Jadual 1 menunjukkan keputusan pekali
alpha yang baik bagi keseluruhan alat kajian soal selidik iaitu 0.83. Bagi soal selidik motivasi
dan sokongan ibu bapa masing-masing mempunyai nilai pekali alpha 0.70 dan .086 bagi
keinginan mengikuti PdPR. Maka dapat disimpulkan soal selidik yang digunakan mempunyai
kebolehpercayaan yang tinggi.
Jadual 1 : Pekali Alpha Soal Selidik
Pemboleh Ubah Cronbach's Alpha Bilangan Item
Motivasi 0.70 3
Sokongan Ibu Bapa 0.70 3
Keinginan Mengikuti PdPR 0.86 3
Jumlah 0.83 9
Data dianalisis menggunakan program "Statistical Package For The Social Sciences"
(SPSS) Versi 26. Analisis deskritif seperti frekuensi, peratusan, min dan sisihan paiwai
digunakan untuk menerangkan maklumat demografi, kemudahan peranti dan talian internet
dan cabaran yang dihadapi semasa sesi PdPR. Bagi menentukan tahap persepsi yang
ditunjukkan oleh responden maka skor min terendah dan tertinggi ditentukan daripada soal
selidik. Skor min terendah ialah 1 dan skor min tertinggi ialah 5. Nilai julat diperoleh melalui
kaedah menolak min tertinggi dengan min terendah dan dibahagi dengan tiga (Pallant, 2010).
Oleh itu, nilai julat tahap keinginan mengikuti sesi PdPR adalah seperti berikut: (i) Rendah
(1.00 - 1.66), (ii) Sederhana (1.67 - 3.33) dan (iii) Tinggi (3.34 - 5.00). Ujian korelasi Pearson
r digunakan untuk menentukan hubungan antara faktor motivasi dan sokongan ibu bapa
dengan keinginan murid mengikuti sesi PdPR.
DAPATAN KAJIAN
Berdasarkan Jadual 2, ciri-ciri demografi subjek kajian yang merangkumi taburan responden
mengikut tingkatan dan kaum bagi murid-murid SMK SBS (n = 476). Majoriti responden adalah
murid Tingkatan 1 iaitu 111 orang (23.3%) dan murid tingkatan 2 adalah seramai 113 orang
(23.7%). Bagi taburan responden mengikut kaum pula, majoriti responden adalah dari kaum
Melayu (n =285, 59.9%), diikuti oleh kaum Cina (n = 138, 29.0%) dan kaum India (n = 42,
8.8%), manakala kaum Lain-lain (n = 11, 2.3%) adalah bilangan kaum yang terendah.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 906

