Page 923 - e Prosiding Serai 2021
P. 923

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                      21-22 September 2021

               kepada penghargaan luaran (Deci & Ryan, 2000). Keinginan mengikuti sesi PdPR merujuk
               kepada tanggapan dan persepsi yang ditumpukan oleh murid-murid untuk terlibat dalam sesi

               pengajaran dan pembelajaran. Hal ini akan menunjukkan sejauh manakah seseorang itu ingin
               berusaha  untuk  mencuba  dan  apakah  tahap  usaha  yang  dirancang  oleh  mereka  untuk
               melaksanakan tingkah laku tersebut (Deci & Ryan, 1985).


                       Selain  itu,  sokongan  ibu  bapa  dan  rakan  sebaya  ialah  pengaruh  utama  dalam
               kehidupan kanak-kanak. Stevens dan Borup (2015) menyatakan bahawa peranan ibu bapa

               dapat meningkatkan penglibatan anak dalam pembelajaran dalam talian.  Novianti dan Garzia
               (2020)  menyatakan  bahawa  ibu  bapa  memainkan  peranan  yang  penting  dalam  aktiviti
               pembelajaran dalam talian anak-anak walaupun menghadapi kekangan dalam pembahagian

               masa.  Berdasarkan kajian-kajian lampau, kerangka konseptual kajian bagi penyelidikan ini
               dapat diterangkan dalam Rajah 1.

                                          Rajah 1 : Kerangka Konseptual Kajian











               METODOLOGI KAJIAN


               Kajian ini berbentuk kajian kuantitatif yang menggunakan soal selidik melalui link google form
               sebagai instrumen untuk mengumpul data. Soal selidik ini dibahagikan kepada tiga bahagian
               iaitu Bahagian A, maklumat demografi dan kemudahan peranti dan talian Internet. Bahagian

               B berkaitan dengan item motivasi, sokongan ibu bapa dan keinginan mengikuti sesi PdPR.
               Item bahagian ini menggunakan skala likert iaitu 1 (Sangat Tidak Setuju), 2 (Tidak Setuju), 3
               (Tidak Pasti), 4 (Setuju) dan 5 (Sangat Setuju). Bahagian C ialah item cabaran-cabaran yang

               dihadapi murid semasa mengikuti sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

                       Kaedah persampelan rawak mudah digunakan untuk mengelakkan daripada berlaku

               pengumpulan data yang bias dalam kajian. Seramai 476 orang murid telah menjawab soal
               selidik mengunakan google form dalam kajian ini. Kajian rintis telah dijalankan terhadap 90
               orang  murid.  Setelah  ujian  rintis  dijalankan  dan  dianalisis  keputusannya  maka

               penambahbaikan terhadap item yang rendah nilai alpha cronbach telah dilaksanakan.








               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                905
   918   919   920   921   922   923   924   925   926   927   928