Page 922 - e Prosiding Serai 2021
P. 922
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Pendidikan Malaysia (KPM) telah melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah
(PdPR) melalui tiga kaedah iaitu secara dalam talian, secara luar talian dan off-site (KPM,
2021). Pelbagai platform pembelajaran boleh diaplikasikan oleh guru-guru dengan
menggunakan google meet, google classromm, Zoom, WhatsApp dan telegram untuk
menjalankan sesi PdPR. Sepanjang tempoh pandemik Covid-19, pembelajaran di seluruh
dunia telah dijalankan secara dalam talian (Goldschmidt, 2020).
KPM melaporkan bahawa pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara dalam talian
dan belajar dari rumah kurang berkesan, berbanding dengan pembelajaran secara bersemuka
(Rohaniza, Mohd, & Zanariah, 2021). Menurut Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Radzi
Bin Jidin menyatakan bahawa terdapat kelemahan dalam pelaksanaan pembelajaran secara
dalam talian. Memandangkan kurang kajian tentang pembelajaran dalam talian maka kajian
ini bertujuan mengkaji persepsi murid-murid tentang masalah kemudahan peranti Internet dan
cabaran yang dihadapi ketika mengikuti sesi PdPR serta hubungan antara faktor motivasi
dan sokongan ibu bapa dengan keinginan mengikuti sesi PdPR. Dalam kajian ini, terdapat 2
objektif utama iaitu :
1. Mengenal pasti masalah kemudahan peranti/ talian internet dan cabaran yang
dihadapi oleh murid-murid SMK Seri Bintang Selatan semasa mengikuti sesi PdPR.
2. Mengkaji hubungan antara faktor motivasi dan sokongan ibu bapa dengan keinginan
murid mengikuti sesi PdPR dalam kalangan murid-murid SMK Seri Bintang Selatan.
SOROTAN LITERATUR
Perubahan dalam sistem pembelajaran memaksa sekolah melaksanakan pembelajaran
dalam talian (Alliyah et al. 2020). Dalam pelaksanaan pembelajaran dalam talian, isu
sambungan talian Internet merupakan salah satu halangan utama dalam pengajaran dan
pembelajaran (Zulkifli, Hamzah & Razak, 2020). Perhatian peribadi juga merupakan masalah
besar yang dihadapi oleh murid semasa pembelajaran dalam talian (Dhawan, 2020). Menurut
Dhawan (2020), sesi pengajaran dalam talian menggunakan peruntukkan masa yang terlalu
banyak dan kadang-kala pelaksanaan sesi yang terlalu fleksibel mengakibatkan murid tidak
bersedia untuk mengikutinya dan tidak mampu untuk memberikan perhatian terhadap sesi
pengajaran dalam tempoh masa yang lama. Berdasarkan saranan The American of Pediatrics
(AAP), tempoh layar maksimum mengikur umur bagi murid sekolah menengah ialah tiga
hingga empat jam sehari (Manual PdPR KPM, 2021).
Motivasi dalam pembelajaran terdiri daripada motivasi intrinsik dan motivasi ektrinsik.
Motivasi intrinsik merujuk kepada perkembangan mental, sosial dan fizikal seseorang yang
mempengaruhi minat seseorang dalam membuat sesuatu pilihan dalam kehidupan.
Manakala, motivasi ektrinsik di sebaliknya merujuk kepada pencapaian matlamat berdasarkan
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 904

