Page 952 - e Prosiding Serai 2021
P. 952
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
SOROTAN LITERATUR
Analisis Kesalahan Penggunaan Bahasa
Nordin et al. (2014) menyatakan bahawa aspek kesalahan bahasa terus mendapat perhatian.
Terdapat pelbagai analisis kesalahan penggunaan bahasa yang dilakukan ke atas buku-buku,
majalah atau jurnal bahasa (Bahrom, 2001 dan Ismail, 2007). Tiarina (2017) menegaskan
bahawa dapatan daripada kajian analisis kesalahan penggunaan bahasa dapat dijadikan
sebagai panduan dan ujian sumatif kepada pelajar. Analisis kesalahan penggunaan bahasa
adalah salah satu cara dalam memahami masalah murid dalam membentuk ayat yang betul
dalam L2 (Al-Khasawneh, 2014). Pengkaji ini juga membuktikan bahawa analisis kesalahan
ini adalah salah satu kaedah terbaik linguistik untuk mengkaji kesalahan penggunaan bahasa
murid. Sundari et al. (2021) menerangkan analisis kesalahan linguistik memberikan kebaikan
kepada murid dan pengkaji. Ia dapat membantu murid memahami jenis kesalahan dan
memperbaiki mutu penulisan mereka. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa analisis kesalahan
bahasa akan membantu guru dan murid dalam mengajar atau belajar L2.
Jenis Kesalahan dan Sumber Kesalahan Penggunaan Bahasa
Kajian yang dilakukan oleh Al-Sobhi (2019) menyenaraikan tiga jenis analisis kesalahan
penggunaan bahasa dalam L2 iaitu “Contrastive Analysis’, ‘Error Analysis’ dan
‘Interlanguage’. Ia adalah kajian yang membincangkan bagaimana kesalahan penggunaan
bahasa boleh dikenalpasti melalui tiga kaedah ini. Selain itu, kajian kes ke atas dua orang
pelajar telah disempurnakan oleh Puspita (2019) yang mengkaji tentang ‘Interlanguage’ dan
‘Intralanguage’.
Sebagai kesimpulan, dapat dinyatakan bahawa sorotan literatur dan kajian lepas
mengupas analisis kesalahan penggunaan bahasa oleh murid kerana ia adalah unsur yang
penting dalam pembelajaran L2.
METODOLOGI KAJIAN
Soalan Kajian
1. Kajian ini adalah untuk menjawab soalan-soalan berikut:
2. Apakah jenis kesalahan penggunaan bahasa yang kerap dilakukan oleh murid?
3. Apakah sumber kesalahan penggunana bahasa yang dilakukan oleh murid?
Responden
Sasaran kajian adalah 57 orang murid Tingkatan Enam Atas, Semester 2 Kohort 2019/2020
di Pusat Tingkatan Enam, Sekolah Menengah kebangsaan Keladi, Kulim, Kedah Darulaman.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 934

