Page 950 - e Prosiding Serai 2021
P. 950
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
ANALISIS KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA DALAM PENULISAN ESEI MURID
Aishah Hj Othman
Pusat Tingkatan Enam, Sekolah Menengah Kebangsaan Keladi
mdnoziz@yahoo.com
ABSTRAK
Menganalisis kesalahan dan mengenalpasti kelemahan murid dalam menulis esei adalah
amat penting. Ini kerana ianya akan membantu guru menjalankan PdPc dengan lebih
bermakna dan efektif. Bagi murid pula mereka dapat menulis dengan lebih baik apabila guru
dapat mengenalpasti dan mengatasi masalah kesalahan tatabahasa atau penggunaan
bahasa dalam penulisan esei. Kekerapan kesalahan bahasa juga dapat disenaraikan dan
dikenalpasti bagi membantu meningkatkan keupayaan murid dalam menulis esei yang lebih
berkualiti. Kajian ini dilakukan untuk menyenaraikan kesalahan tatabahasa dan penggunaan
bahasa serta mengetahui jumlah kekerapan kesalahan yang tertinggi atau terendah dalam
penulisan esei perbincangan. Kiraan kekerapan dilakukan untuk mengenalpasti dan
menyenaraikan jumlah kesalahan tatabahasa dan penggunaan bahasa dalam penulisan esei
semasa proses PdPc Bahasa Inggeris (MUET). Responden kajian ini adalah 57 orang murid
tingkatan enam dalam menulis esei perbincangan semasa latihan diberikan di dalam kelas.
Data dianalisis melalui dokumen analisis ke atas soalan latihan yang dilakukan dalam PdPc.
Temuduga secara atas talian dilaksanakan untuk mengetahui masalah utama murid ketika
menulis karangan dan topik tatabahasa yang ingin dipelajari semula oleh murid. Dapatan
kajian menunjukkan terdapat 222 kesalahan yang dilakukan oleh murid. Kesalahan tertinggi
adalah dalam penggunaan ‘singular’ dan ‘plural’ sebanyak 38 kekerapan (17%) dan yang
terendah adalah ‘tenses’ sebanyak 13 kekerapan (6%). Topik tatabahasa yang ingin dipelajari
oleh murid semula adalah ‘tenses’ iaitu 31 orang daripada 57 murid (75%). Kesimpulannya,
dengan mengenalpasti kesalahan tatabahasa dan penggunaan bahasa, guru mengetahui
kelemahan murid dalam menulis esei. Guru dapat merancang intervensi yang boleh
membantu murid mempelajari semula topik tatabahasa yang tidak dikuasai oleh murid.
Kata kunci: analisis kesalahan, kesalahan tatabahasa, penulisan esei, pengajaran bahasa
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 932

