Page 951 - e Prosiding Serai 2021
P. 951

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                      21-22 September 2021

               PENGENALAN

               Latarbelakang Kajian

               Menulis  esei  atau  karangan  adalah  sesuatu  yang  mencabar  kepada  murid  kerana  ianya
               memerlukan pemikiran yang kritikal dan kritis. Untuk menulis dalam bahasa asing atau bahasa

               kedua  (L2)  adalah  lebih  menyukarkan  bukan  sahaja  kepada  murid  tetapi  juga  guru.
               Walaubagaimanapun; dengan mengenalpasti kesalahan penggunaan bahasa yang dilakukan
               oleh murid, ia akan membantu murid mempelajari bahasa kedua dengan lebih baik. Dalam

               konteks kajian ini bahasa kedua adalah Bahasa Inggeris. Pendidik perlu mengetahui jenis
               kesalahan dan sumber kesalahan penggunaan bahasa yang dilakukan oleh murid. Ini adalah

               kerana melalui pengesanan kesalahan penggunaan bahasa, murid dapat mempelajari bahasa
               dengan lebih efektif (Torrado, 2017).
                          Selinker  (1972;  1992)  menyatakan  bahawa  untuk  mengenalpasti  kesalahan

               penggunaan  bahasa  murid,  perlu  dikaji  terlebih  dahulu  ‘interlanguage’  atau  pembelajaran
               serta  strategi  berkomunikasi  dalam  bahasa  kedua  atau  Bahasa  Inggeris  (L2).  Terdapat
               pelbagai jenis kesalahan penggunaan bahasa yang dilakukan oleh murid yang terdiri daripada

               kesalahan dari segi pembentukan ayat, kesalahan tatabahasa atau pengaruh L1 (Sermsook,
               Liamnimitr dan Pochakorn 2017).


               Penyataan Masalah
               Sebagai  seorang  guru  Bahasa  Inggeris  yang  mengajar  Bahasa  Inggeris  untuk  Malaysian

               University Entrance Test (MUET), pengkaji sering menghadapi cabaran dalam menyemak
               esei yang ditulis oleh murid. Terdapat pelbagai jenis kesalahan penggunaan tatabahasa atau
               pengaruh L1 dalam penulisan esei murid dalam L2 atau Bahasa Inggeris. Pengkaji menyedari

               dengan mengenalpasti kesalahan bahasa murid, guru dapat membantu murid membetulkan
               kesalahan yang dilakukan. Murid juga dapat dibantu untuk menulis esei dengan lebih baik.

               Bukan sahaja murid dapat mengurangkan kesalahan penggunaan bahasa yang tetapi juga
               dapat menghapuskan kesalahan tersebut sama sekali. Guru juga boleh mendorong murid
               untuk tidak melakukan kesalahan yang sama berulangkali. Bagaimanakah perkara ini dapat

               dilakukan?  Jawapannya  adalah  dengan  mengenalpasti  kesalahan  dan  jenis  kesalahan
               penggunaan  bahasa  murid  ketika  menulis  esei.  (Heydari  &  Bagheri  2012  dan

               Watchrapunyawong  &  Usaha,  2013)  menyatakan  bahawa  dengan  mengetahui  kesalahan
               penggunaan  bahasa  yang  dilakukan  oleh  murid,  ia  adalah  cara  yang  berkesan  untuk
               mengurangkan kesalahan tersebut.











               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                933
   946   947   948   949   950   951   952   953   954   955   956