Page 953 - e Prosiding Serai 2021
P. 953

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                      21-22 September 2021

               Seramai  22  orang  murid  lelaki  dan  35  orang  murid  perempuan  yang  berumur  19  tahun.
               Mereka adalah murid Tingkatan Enam yang akan mengambil peperiksaan MUET pada bulan

               Oktober 2021.Jadual 1 menunjukkan profil responden dalam kajian ini.


               Jadual 1
               Profil Responden

               Kelas                 Bilangan Murid        Lelaki        Perempuan
               6A1                   30                    13            17

               6A2                   27                    9             18


               Kaedah Kajian
               Kaedah  kajian  yang  dijalankan  untuk  mengenalpasti  kekerapan  dan  jenis  kesalahan

               penggunaan bahasa adalah penggunaan analisis dokumen, temubual atas talian dan soal
               selidik soalan terbuka kepada semua responden yang terlibat. Analisis dokumen adalah esei
               penulisan murid yang dijalankan ketika proses pembelajaran dan pemudahcaraan (pdpc) di

               dalam kelas MUET. Manakala proses temubual dan soal selidik soalan terbuka dilaksanakan
               selepas pdpc di dalam kelas dalam menulis esei perbincangan secara atas talian.


               Pengumpulan Data
               Kaedah pengumpulan data dibahagikan kepada tiga tahap:

               Tahap 1: 57 hasil penulisan esei perbincangan yang dilakukan di dalam kelas MUET disemak
               dan diperiksa oleh pengkaji. Setiap ayat dan perkataan dianalisis dengan terperinci. Setiap

               kesalahan penggunaan bahasa yang dilakukan oleh responden direkod, dikategorikan dan
               dikira jumlah kekerapannya menggunakan borang ‘Google’ yang direka khas.
               Tahap 2: Semua responden akan memberikan sumber kesalahan penggunaan bahasa yang

               dirasakan dilakukan oleh mereka di dalam borang soal selidik ‘Google’ yang dijawab oleh
               mereka. Responden juga memberikan tajuk atau bahagian tatabahasa yang ingin dipelajari
               semula oleh mereka ketika proses pdpc di masa hadapan.

               Tahap  3: Temubual  secara  atas talian  dijalankan  untuk  memperolehi  data  yang  terperinci
               tentang jenis-jenis dan kekerapan kesalahan tatabahasa yang dilakukan oleh responden.


               Analisis Data

               Kaedah analisis data terbahagi kepada dua tahap berpandukan kepada objektif kajian:
               Tahap 1: Semua kesalahan penggunaan bahasa yang dilakukan oleh responden dianalisis
               dan  dilabel  berpandukan  kepada  jenis  kesalahan.  Ini  adalah  untuk  mendapatkan  jumlah









               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                935
   948   949   950   951   952   953   954   955   956   957   958