Page 972 - e Prosiding Serai 2021
P. 972
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
berpengalaman mengajar melebihi 5 tahun. Mereka mengajar mata pelajaran geografi
walaupun bukan opsyen. Pengkaji memilih bentuk kajian tinjauan deskriptif dengan
menggunakan borang SKPMG Standard 4 iaitu untuk PdP. Selain itu, kaedah pemerhatian
turut dilakukan terhadap murid di dalam kelas iaitu aspek 4.6 iaitu menilai murid dalam
penglibatan proses pembelajaran dalam bilik darjah. Semua tingkah laku dan pemerhatian
direkodkan dalam borang ini. Bagi mengukuhkan persoalan kajian, kaedah temu bual turut
dijalankan. Kajian ini adalah untuk mengenal pasti penguasaan pedagogi dan pengetahuan
guru untuk melaksanakan pengajaran mata pelajaran geografi berdasarkan KSSM.
Menurut Idris (2005), penguasaan pengetahuan guru diutamakan kerana murid lebih
memahami isi kandungan mata pelajaran yang diajar oleh guru yang berpengetahuan dan
berpengalaman. Selain itu, penguasaan pedagogi guru sangat penting untuk menjana strategi
pengajaran yang menekankan penglibatan murid semasa proses pengajaran dilaksanakan
(Ahmad 2006). Guru yang berpengalaman dapat mengaplikasikan pengajaran abad ke-21
dengan baik. Walau bagaimanapun, tidak semua guru yang berpengalaman melaksanakan
pengajaran yang berkesan kepada murid. Oleh itu, kerangka teori kajian ini merupakan
rujukan, nilai tambah pengajaran, pelaksanaan pengajaran abad ke-21 dan pedagogi
pengajaran berkesan yang dapat meningkatkan kecemerlangan akademik murid pada masa
hadapan.
DAPATAN KAJIAN
Berdasarkan pemerhatian tentang perancangan guru dalam PdP merangkumi penyediaan
Rancangan Pengajaran Harian yang mengandungi objektif pembelajaran dan aktiviti yang
sesuai, didapati bahawa guru A mendapat skor yang lebih tinggi iaitu 93.81%. Aspek ini
termasuklah bagaimana guru menentukan kaedah pentaksiran dalam PdP serta penyediaan
bbm. Penggunaan TMK sebagai medium pengajaran, aplikasi telegram dan persembahan
slaid telah mewujudkan pembelajaran berkesan.
Guru B juga melaksanakan pembentangan kumpulan tetapi di dalam kertas sebak.
Hasil pemerhatian menunjukkan kedua-dua guru telah berjaya mewujudkan pembelajaran
aktif tetapi dari segi keberkesanan objektif dan isi kandungan, skor guru A adalah lebih tinggi.
Selain itu, murid juga memainkan peranan mereka dalam kerja berkumpulan. Aspek kedua
dalam standard ini adalah mengenal pasti bagaimana guru mengawal pembelajaran yang
telah dirancang. Selain itu, guru juga menguruskan masa dengan aktiviti yang sesuai. Kedua-
dua guru mempunyai kriteria skor yang serupa dalam melaksanakan aspek ini. Walau
bagaimanapun, dalam memberi peluang kepada penyertaan aktif murid, skor guru A adalah
lebih tinggi berbanding guru B.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 954

