Page 974 - e Prosiding Serai 2021
P. 974

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               kata positif seperti ‘baik’, ‘bagus’, ‘terima kasih’ dan ‘anda hebat’ menyebabkan murid sentiasa
               bersemangat  untuk  belajar,  bertanyakan  soalan  dan  berbincang.    Kedua-dua  guru  telah

               mendorong murid untuk memahami isi kandungan mata pelajaran Geografi. Murid berusaha
               untuk mendapatkan  tahap  6 dalam  pembentangan kumpulan mereka. Semasa  PdP guru,
               pengkaji  dapat  melihat  kesungguhan  guru  menjaga  emosi  murid  dengan  memberikan

               penghargaan  dan  pujian.  Hasil  kajian  menunjukkan  guru  B  telah  menggunakan  pelbagai
               kaedah  pentaksiran  kepada  murid  seperti  soal-jawab,  kuiz  dan  latihan  bertulis  bagi

               mengukuhkan PdP.
                        Selain itu, guru A telah membuat refleksi selepas tamat PdP dan membuat ulasan
               tentang isi kandungan pelajaran selepas pembentangan. Daripada pemerhatian buku kerja

               murid, pengkaji dapati bahawa guru A telah membuat semakan berkala latihan murid dan
               memberikan latihan pemulihan kepada murid yang tidak mencapai objektif. Guru B mendapat

               skor  yang  sedikit  rendah  iaitu  73.75%  sahaja  kerana  tidak  mempelbagaikan  kaedah
               pentaksiran seperti guru A. Guru B sekadar menjalankan pembentangan kumpulan dan soal
               jawab  sahaja.  Tiada  latihan  pemulihan  dan  pengayaan  yang  diberikan  kepada  murid.

               Kekurangan  tugasan  dan  latihan  kepada  murid  menyebabkan  murid  tidak  mengingat  isi
               pelajaran  yang  mereka  pelajari.  Keberkesanan  pedagogi  guru  menyebabkan  murid  boleh
               melibatkan diri dalam proses pembelajaran dengan baik.


               KESIMPULAN KAJIAN


               Berdasarkan hasil pemerhatian, dapatlah dirumuskan bahawa kedua-dua guru telah berjaya
               melaksanakan  PdP  dengan  berkesan. Walau  bagaimanapun,  skor  dalam  aspek  Standard
               PdP mendapati bahawa Guru A mendapat skor 93.81% yang lebih tinggi berbanding Guru B

               iaitu 75.06%. Begitu juga dalam aspek guru yang mengawal proses pembelajaran mendapati
               guru  A  mendapat  skor  93.81%  dan  guru  B  adalah  87.44.  Selain  itu,  dalam  aspek  guru
               mengawal  suasana  pembelajaran  didapati  bahawa  guru  B  hanya  mendapat  84.94%

               berbanding  guru  A  iaitu  95.31%.  Secara  keseluruhan  skor  guru  A  adalah  lebih  tinggi
               berbanding guru B. Taraf skor guru A adalah cemerlang iaitu 92.94% manakala skor guru B
               adalah baik iaitu 83.78%.

                       Selain itu, Guru B mendapat skor yang rendah kerana beliau kurang mendorong minda
               murid dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran seperti menarik minat murid untuk mencari

               bahan  dalam  internet.  Kekurangan  kemudahan  internet  di  sekolah  menyukarkan  murid
               mendapatkan bahan isi kandungan pelajaran. Pengkaji mencadangkan agar guru membeli
               kemudahan  internet  dengan  menggunakan  duit  Panitia  Geografi.  Seterusnya  perbezaan

               ketara dalam skor guru melaksanakan penilaian dalam memperkasakan aktiviti pembelajaran
               dalam aspek 4.4.1. Guru B kurang melaksanakan aktiviti pengukuhan dan latihan susulan



               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                956
   969   970   971   972   973   974   975   976   977   978   979