Page 973 - e Prosiding Serai 2021
P. 973
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Berdasarkan pemerhatian, guru A sangat menggalakkan murid untuk bekerja secara
berkumpulan dan memberi peluang kepada murid untuk berbincang. Hal ini disokong oleh
kajian Panitz (1996) yang menjelaskan bahawa apabila pelajar diberi tanggungjawab untuk
memastikan kejayaan kumpulan, mereka lebih berminat untuk melibatkan diri dalam proses
pembelajaran dan berakhir dengan memikul lebih banyak tanggungjawab. Selain itu,
penggunaan TMK menggalakkan murid untuk bekerjasama dalam kumpulan. Sedangkan
penggunaan kertas sebak mengehadkan penglibatan murid dan kurang menarik. Dalam
aspek pengawasan suasana pembelajaran, hasil kajian menunjukkan bahawa guru A
mendapat skor lebih tinggi berbanding guru B.
Guru A dapat memantau dan mengawasi komunikasi murid dalam PdP. Bahasa dan
perlakuan murid adalah lebih berkhemah kerana murid bergerak dalam kumpulan.
Pembentangan secara Gallery Walk ini menunjukkan guru telah mencapai objektif PdP
berkesan dan murid juga bergerak aktif. Hasil pemerhatian pengkaji, susunan kelas abad ke-
21 mewujudkan pembelajaran yang kondusif dan menyeronokkan. Hal ini disokong oleh
Supramaniyam (2015) yang menjelaskan keadaan yang positif dan kondusif mendorong guru
dan pihak pentadbir untuk meningkatkan keberkesanan PdP sesuatu mata pelajaran.
Susunan kelas ini memudahkan pergerakan murid dan guru, memberikan keselesaan emosi
dan memudahkan pemantauan guru. Kedua-dua guru dapat mengawal kelas dan aktiviti
murid dengan baik.
Kedua-dua responden telah memberikan tunjuk ajar yang terbaik kepada murid.
Tunjuk ajar ini melibatkan panduan penguasaan isi pelajaran, fakta, kemahiran dan aktiviti
pembelajaran. Hasil kajian menunjukkan responden mendapat skor yang tinggi dalam aspek
ini iaitu 92.50%. Selaras dengan perubahan kurikulum mata pelajaran geografi, yang
memerlukan murid berfikir secara kreatif dan kritis, kedua-dua responden telah berjaya
membantu murid menyelesaikan masalah berkaitan pelajaran. Walaupun penggunaan TMK
di sekolah B adalah terhad tetapi guru masih boleh menggabungkan isi pelajaran dengan
tema mata pelajaran.
Walau bagaimanapun kekurangan kemudahan TMK mengehadkan pencarian dan
penerimaan sumber murid. Selain daripada membimbing murid, tugas utama guru adalah
mendorong minda murid dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran. Guru A melaksanakan
PdP yang berkesan apabila merangsang murid untuk berfikir. Teknik penyoalan guru juga
menyebabkan murid dapat memberi jawapan yang baik. Murid berfikir dan berbincang dalam
kumpulan untuk mendapatkan jawapan. Pujian kepada murid yang berjaya menjawab soalan
menyebabkan murid berasa seronok untuk terus belajar. Pengkaji dapat melihat dengan jelas
kegembiraan murid apabila hasil pembentangan mereka dipuji oleh guru.
Sementara itu, Guru B juga mendapat skor yang baik seperti Guru A iaitu 92.50% yang
mana guru sentiasa menggalakkan murid untuk terus berfikir secara kreatif dan kritis. Kata-
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 955

