Page 975 - e Prosiding Serai 2021
P. 975
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
selepas pengajaran. Hal ini disebabkan kekangan masa kerana murid di sekolah ini perlu
mengulang kaji dan menghafal Al-Quran
Seterusnya, murid di kedua-dua sekolah mendapat skor yang baik. Pembelajaran
abad ke-21 menggalakkan guru menjadi fasilitator dan murid yang memainkan peranan
penting dalam pembelajaran. Dalam aspek pembelajaran abad ke-21, murid perlu
melaksanakan pembelajaran kolaboratif untuk mencapai objektif pembelajaran. Penulis
bersetuju dengan PdP kedua-dua guru ini kerana mereka telah berjaya menggalakkan murid
memberi jawapan yang menjurus ke arah pemikiran kreatif dan kritis. Murid lebih selesa
bertanyakan soalan dan mengaitkan isi kandungan pelajaran dengan kehidupan harian
mereka. Hal ini jelas menunjukkan bahawa murid telah berfikir di luar kotak. Selain itu,
daripada pemerhatian pengkaji mendapati strategi PdP guru adalah sangat berkesan kerana
pengkaji dapat melihat murid bebas memberikan pendapat dan pandangan mereka tanpa
rasa takut dan malu.
Kesimpulannya, kedua-dua guru telah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
yang cemerlang. Penggunaan teknologi telah menjadi keperluan dalam kehidupan manusia
dan memudahkan manusia dalam pembelajaran, komunikasi serta menjadi medium untuk
mencari maklumat (Alifa & Zakiah, 2018). Seterusnya, penggunaan teknologi maklumat ini
menarik dan membantu murid bergerak aktif dalam proses PdP serta menarik minat mereka
untuk menguasai ilmu pengetahuan (Mohd Noorhadi & Zurinah, 2017). Walau bagaimanapun,
kekangan TMK dan kemudahan internet di sekolah sedikit sebanyak menyukarkan guru
menjalankan strategi pembelajaran abad ke-21. Pengkaji berharap agar pihak sekolah
berusaha menyediakan kemudahan TMK dalam mencapai keberkesanan PdP guru.
CADANGAN KAJIAN
Dapatan kajian daripada responden adalah sangat berguna bagi menilai kesesuaian strategi
PdP yang dilaksanakan. Menurut Siti Fatimah, Melor & Harwati, (2019), sistem pendidikan di
Malaysia telah mengalami perubahan bagi membolehkan pendidikan di negara ini mengikut
keperluan dan cabaran Pendidikan Abad ke-21. Dapatan kajian ini juga menunjukkan murid
lebih cenderung untuk berbincang dalam kumpulan sekiranya mereka menghadapi masalah.
Hal ini kerana, pembelajaran kolaboratif atau berkumpulan ini memudahkan murid untuk
memahami sesuatu isi kandungan mata pelajaran geografi. Selain itu, aktiviti berkumpulan
meningkatkan daya ingatan dan interaksi murid dengan rakan yang meningkatkan
pencapaian dan jati diri murid. Di dalam kajian ini, pengkaji telah membincangkan tentang
Model Pembelajaran Aktif. Kedua-dua teori dan model ini telah dipraktikkan oleh guru A dan
guru B tetapi hasilnya adalah berbeza. Pengalaman dan opsyen guru yang mengajar turut
mempengaruhi keberkesanan PdP. Berdasarkan hasil kajian, opsyen guru tidak
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 957

