Page 979 - e Prosiding Serai 2021
P. 979
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
PENDAHULUAN
Pembelajaran berpusatkan murid adalah antara kaedah pembelajaran yang disarankan dalam
pembelajaran abad ke-21. Pembelajaran berpusatkan murid juga merupakan antara tuntutan
yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 bagi
merangsang pemikiran aras tinggi dalam kalangan murid. Terdapat banyak kaedah
pembelajaran yang mendokong pembelajaran berpusatkan murid, antaranya adalah kaedah
pembelajaran berasaskan masalah. Walaupun kaedah pembelajaran berasaskan masalah
bukan satu kaedah yang baharu dalam dunia pendidikan , namun kaedah ini masih belum
dilaksana secara meluas dalam pengajaran di sekolah.Kementerian Pendidikan Malaysia
telah menetapkan Dasar Pendidikan Kebangsaan (KPM,2012) yang bermatlamat untuk
melahirkan masyarakat yang bersatu padu dan berdisiplin serta memenuhi keperluan tenaga
yang terlatih bagi membangunkan negara.Dasar ini telah diperkukuhkan lagi dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (KPM,2001) yang memberi penekanan terhadap usaha melahirkan
insan yang berilmu, berakhlak serta boleh mencapai kesejahteraan diri dan memberi
sumbangan kepada negara. Sehubungan dengan itu, tujuan utama pendidikan di Malaysia
adalah untuk melahirkan insan yang mempunyai kebolehan dan kemahiran sebagai
masyarakat yang produktif dan inovatif. Dalam kajian ini pengkaji menganalisis aplikasi PBM
terhadap sikap, nilai dan motivasi dalam pembelajaran kemahiran menulis Bahasa Melayu.
Menerusi kaedah pembelajaran ini, guru dan murid bersama-sama membina kefahaman dan
kemahiran yang terkandung dalam sesuatu topik pelajaran.
SOROTAN LITERATUR
Sikap Murid Terhadap Aplikasi PBM
Menurut Abdelkarim, (2015) melalui kajiannya mendapati sikap dan persepsi murid perubatan
berbanding fakluti pergigian terhadap PBM. Murid perubatan menunjukkan sokongan lebih
tinggi terhadap PBM berbanding dengan murid daripada fakulti pergigian. Namun begitu
kedua-dua mereka bersetuju bahawa PBM boleh digunakan sebagai tambahan kepada
pengajaran konvensional dan mengakui kelebihannya.Manakala kajian Mohd Asnorhisham
Adam & Abdul Rahim Hamdan, (2018) yang bertujuan untuk meningkatkan tahap penguasaan
menulis literasi Bahasa Melayu murid menerusi pendekatan pengajaran kolaboratif
(PPK).Kaedah pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini menerusi ujian pra dan
pasca, pemerhatian dan analisis dokumen dari tiga puluh lima orang murid tahun dua. Hasil
kajian mendapati berlaku peningkatan penguasaan menulis literasi Bahasa Melayu murid
menerusi PPK. Selain itu, Winarti, (2019) telah menjalankan kajian kesan PBM terhadap
prestasi penilaian keupayaan murid menyelesaikan masalah matematik. Responden kajian
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 961

