Page 978 - e Prosiding Serai 2021
P. 978
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
APLIKASI PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH (PBM) TERHADAP SIKAP
DALAM PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MENULIS BAHASA MELAYU
Dr. Raman bin Nusi
Pegawai Sisc+ Pejabat Pendidikan Daerah, Larut Matang Dan Selama,Perak.
ramannusi.siscppdlms@gmail.com
ABSTRAK
Masalah pengajaran dan pembelajaran (pdp) guru yang kurang berkualiti dan menyeronokkan
menyebabkan sikap murid menurun serta memberi kesan kepada perubahan sikap, murid
dalam pembelajaran kemahiran menulis Bahasa Melayu. Kajian yang dijalankan bertujuan
untuk menganalisis dan menghuraikan persepsi sikap murid terhadap aplikasi Pembelajaran
Berasaskan Masalah (PBM) dalam pembelajaran kemahiran menulis Bahasa Melayu. Kaedah
pembelajaran berasaskan masalah merupakan kaedah pembelajaran aktif berpusatkan murid
yang penting dan sangat diperlukan oleh murid untuk berdaya saing pada abad ke-21. Kaedah
pembelajaran berasaskan masalah merupakan suatu proses pembelajaran yang dimulai
dengan dengan mengenal pasti masalah dari pengetahuan sedia ada seterusnya
menyelesaikan masalah tersebut menggunakan rujukan dari pelbagai sumber. Kajian ini
merupakan kajian berbentuk kuantitatif menggunakkan soal selidik sebagai insturmen kajian.
Seramai 340 orang murid tahun enam dari 111 buah sekolah rendah di Daerah Larut Matang
dan Selama dipilih sebagai sampel kajian. Sampel kajian dipilih secara rawak mudah
menggunakan jadual persampelan Krejcie dan Morgan, (1970). Data kajian dianalisis dengan
menggunakan Perisian Statistical Pakage For Sosial Science (SPSS) versi 16. Data dianalisis
menggunakan analisis deskritif iaitu min, sisihan piawai, kekerapan dan peratus.Dapatan
kajian menunjukkan bahawa aplikasi PBM banyak memberi kesan positif kepada sikap murid
dalam pembelajaran kemahiran menulis Bahasa Melayu iaitu, peratus sikap murid terhadap
aplikasi PBM dalam pembelajaran kemahiran menulis Bahasa Melayu adalah tinggi begitu
juga dengan nilai min keseluruhan iaitu 3.85 berada pada tahap tinggi. Implikasi atau
kesimpulan kajian ini ialah PBM memberi kesan positif dan baik kepada sikap murid dalam
pembelajaran kemahiran menulis Bahasa Melayu.
Kata Kunci: Sikap, Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM), Kemahiran Menulis
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 960

