Page 980 - e Prosiding Serai 2021
P. 980

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               terdiri daripada 30 orang murid. Reka bentuk kumpulan kawalan pra-ujian telah digunakan.
               Pra  ujian  dan  pasca  ujian  yang  digunakan  untuk  mengukur  kebolehan  menyelesaikan

               masalah berdasarkan tahap kognitif Bloom dan soal selidik digunakan untuk mengukur sikap
               murid.  Dapatan  kajian  menunjukkan  bahawa  pembelajaran  berasaskan  masalah
               menggunakan penilaian prestasi memberi kesan positif terhadap meningkatkan keupayaan

               menyelesaikan masalah dalam matematik. Lantaran daripada itu, Abdul Rasid at el., (2013)
               berpendapat  bahawa  guru  Bahasa  Melayu  seharusnya  mengambil  inisiatif  sendiri  untuk

               mempelajari  sesuatu  pengetahuan  atau mengemas kini  pengetahuan tentang  pendekatan
               pembelajaran agar dapat menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi menarik
               dan  menyeronokkan.  Dapatan-dapatan  kajian  secara  keseluruhannya  menunjukkan

               pendekatan PBM dapat mengubah sikap murid kepada bersikap lebih positif terhadap sesuatu
               konsep atau amalan dalam kehidupan. Justeru kajian-kajian terdahulu dapat dikaitkan dan

               menyokong  bahawa  PBM  berkesan  dalam  perubahan  sikap  yang  lebih  positif  dalam
               kemahiran menulis Bahasa Melayu.



               METODOLOGI KAJIAN

               Reka  bentuk  kajian  yang  digunakan  adalah  pendekatan  kuantitatif  dengan  menggunakan
               kaedah tinjauan melalui soal selidik (McMillan, 2012). Populasi kajian ialah murid-murid tahun

               enam sekolah rendah di Daerah Larut Matang dan Selama, Perak. Menurut Chua, (2013)
               persampelan bertujuan adalah pemilihan responden dengan tujuan untuk mendapatkan data
               dan maklumat yang dikehendaki dalam menjawab persoalan kajian. Pemilihan sampel dalam

               kajian  ini  adalah  berdasarkan  persampelan  rawak  berstrata  (stratified  random  sampling).
               Teknik persampelan ini didapati sesuai untuk memperoleh sampel dari jumlah populasi yang

               besar dan luas (Babbie, 2013). Daripada 340 borang soal selidik diedarkan, sebanyak 340,
               (100%) soal selidik lengkap digunakan sebagai data kajian untuk dijalankan analisis. Kadar
               pemulangan soal selidik ini menepati cadangan oleh Chua, (2014) dengan kadar pemulangan

               soal  selidik  yang  mencukupi  untuk  dianalisis  adalah  sebanyak  60%.Tuckman,  (2012)
               menyatakan bahawa saiz sampel bergantung kepada tiga faktor iaitu darjah alfa, kuasa ujian

               dan kesan saiz. Seterusnya beliau mencadangkan agar penyelidikan yang menggunakan nilai
               alfa  sebanayak  .05,  kuasa  ujian  sebanyak  .8  kesan  saiz  dianatara  .5  hungga  .8  dan
               menggunakan sampel sekurang-kurangnya 1000 orang bagi memperoleh keputusan yang

               tepat.  Dalam  kajian  ini  bilangan  sampel  yang  lebih  digunakan  iaitu  340  responden  yang
               bertujuan untuk memeproleh keputusan yang lebih tepat. Sehubugan dengan itu Chua, (2014)
               menyatakan bahawa dalam kajian kuantitatif, saiz sampel yang tepat boleh ditentukan dengan

               menggunakan prosedur-prosedur pengiraan tertentu. Pengiraan dilakukan berdasarkan ralat




               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                962
   975   976   977   978   979   980   981   982   983   984   985