Page 520 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 520
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Jadual 1
Perbezaan Kemahiran Berfikir dalam sistem pendidikan di Malaysia
Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
(KBKK) 1994 (KBAT) 2013
Memberi fokus kepada kemahiran
berfikir kritis dan kreatif ke arah Memberi fokus kepada kemahiran
berfikir aras tinggi iaitu mengaplikasi,
penyelesaian masalah dan membuat menganalisis, menilai dan mencipta
keputusan
Penekanan dalam kurikulum,
Penekanan dalam kurikulum dan pedagogi, pentaksiran, kokurikulum,
pedagogi sokongan komuniti dan swasta, bina
upaya guru serta sumber
(Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013b)
Dalam aspek kemahiran berfikir, PPPM 2013 – 2025 menekankan bahawa setiap
murid akan belajar bagaimana memperoleh ilmu pengetahuan dengan cara menerapkan
perasaan ingin tahu dan mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat. Cara ini
membolehkan mereka menghubungkan pelbagai disiplin ilmu dan mencipta ilmu yang baharu.
Di samping itu, mereka perlu menguasai pelbagai kemahiran kognitif termasuk penaakulan
dan pemikiran kritis, kreatif, serta inovatif (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013). Oleh itu,
kemahiran berfikir amat penting diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran selaras
dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, sekaligus untuk memenuhi keperluan
negara ke arah K-ekonomi. Dalam kurikulum KBSR dan KBSM yang disemak semula,
kemahiran berfikir adalah antara unsur utama yang diberikan penekanan dan dinyatakan
secara tersurat (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2002). Begitu juga dalam kurikulum KSSR
dan KSSM yang menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) turut menekankan elemen KBAT dalam usaha
melahirkan murid yang boleh menguasai kemahiran berfikir dalam setiap disiplin ilmu
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013a). Oleh itu, murid perlu menguasai kemahiran berfikir
untuk membantu mereka menghadapi cabaran pada abad ke-21, iaitu era teknologi maklumat
(Poh, 2000; Phillips, 1999) yang menuntut mereka berfikir dan bertindak dengan pantas,
cekap dan cekal.
Berdasarkan Laporan Tahunan PPPM 2014 (Kementerian Pendidikan Malaysia,
2014a) pelbagai langkah dan inisiatif yang telah dijalankan oleh KPM untuk merealisasikan
harapan agar generasi Malaysia berjaya dalam persaingan ekonomi global. Jadual 2
menunjukkan langkah-langkah yang telah diambil oleh KPM dalam usaha menganjak
pembelajaran murid daripada pembelajaran yang hanya berbentuk hafalan kepada
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 499

