Page 519 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 519

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               Kreatif  (KBKK)  di  sekolah-sekolah  yang  menggalakkan  murid  berfikir.  Oleh  itu,  guru-guru
               diberi  pendedahan  tentang  kaedah  pelaksanaan  kemahiran  berfikir  dalam  proses  PdP

               (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2015).

                       Kemudian,  dalam  Rancangan  Malaysia  ke-9  (RMK9)  2006  –  2010,  KPM  telah

               memperkenalkan  Pelan  Induk  Pembangunan  Pendidikan  (PIPP)  2006  –  2010  (Jabatan
               Penerangan Malaysia, 2013). Penekanan dalam PIPP adalah untuk membangunkan modal
               insan yang kreatif dan inovatif bagi memenuhi keperluan negara pada abad ke-21. Oleh itu,

               pelaksanaan elemen kreativiti dan inovasi dalam pendidikan akan menjadi pemangkin kepada
               agenda transformasi negara (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2012a).


                       Senario ini menunjukkan bahawa, selain daripada KBKK yang diperkenalkan pada
               tahun 1994, KPM juga telah menerapkan elemen kreativiti dan inovasi dalam KBKK yang

               sedia  ada.  Matlamat  pembangunan  kreativiti  dan  inovasi  dalam  kalangan  murid  adalah
               bertujuan untuk melahirkan modal insan yang kreatif dan inovatif, mampu menghasilkan idea
               serta budaya cipta yang berkualiti agar menjadi amalan dan budaya dalam kehidupan mereka

               (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2012a).

                       Bagi  menghadapi  cabaran  pada  abad  ke-21,  setiap  murid  perlu  berupaya  untuk

               bersaing  pada  peringkat  global.  Oleh  itu,  KPM  telah  melancarkan  satu  transformasi
               pendidikan agar murid dapat bersaing dalam dunia globalisasi pada abad ke-21 yang dikenali

               sebagai Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025. Dalam PPPM 2013
               – 2025, KPM menekankan enam ciri utama yang diperlukan oleh setiap murid supaya mereka
               mampu  bersaing  pada peringkat global.  Enam ciri  tersebut  iaitu  melibatkan  pengetahuan,

               kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian, dan
               identiti nasional perlu ada pada setiap murid sejajar dengan FPK (Kementerian Pendidikan
               Malaysia, 2013).


                       Jadual 1 di bawah menunjukkan perubahan dan perbezaan kemahiran berfikir yang
               telah dilakukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam sistem pendidikan negara bagi

               mencorak dan melahirkan generasi murid yang berupaya berfikir pada aras tinggi. Kemahiran
               berfikir  aras  tinggi  ini  amat  diperlukan  agar  generasi  hari  ini  mampu  untuk  bersaing  bagi
               menangani cabaran pada abad ke-21.













               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                498
   514   515   516   517   518   519   520   521   522   523   524