Page 521 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 521

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               pembelajaran  yang  lebih  menekankan  pemikiran  kritis  dan  kreatif  dan  penaakulan  dalam
               menyelesaikan masalah


               Jadual 2


               Langkah-langkah penerapan KBAT oleh KPM

                                             Laporan Tahunan KBAT 2014


                                    Kementerian  telah  menghasilkan  62  modul  yang  mengandungi
                                     panduan mengajar, slaid pembentangan, lembaran aktiviti murid
                                     dan  item  ujian  bagi  meningkatkan  kemahiran  berfikir  dalam
                                     kalangan murid Tingkatan 2 dan 3.
                       1.           Modul ini memberikan tumpuan kepada kemahiran inkuiri saintifik
                                     dan  kemahiran  penyelesaian  masalah  yang  terkandung  dalam
                                     kurikulum  Sains  dan  Matematik  peringkat  sekolah  rendah  dan
                                     menengah.
                                   Bagi memastikan perubahan dalam pengajaran dan pembelajaran

                                     berlaku di dalam bilik darjah, sebanyak 15,768 orang guru mata
                                     pelajaran Sains, 16,123 orang guru mata pelajaran Matematik dan
                       2.            50,957  orang  guru  bagi  mata-mata  pelajaran  lain  telah  selesai
                                     menjalani  latihan  berkaitan  kaedah  pengajaran  dan  penilaian
                                     KBAT sehingga Disember 2014.

                                   Pada tahun 2014, murid yang menduduki peperiksaan awam perlu
                                     menjawab  soalan-soalan  yang  mempunyai  elemen  KBAT.  Bagi
                       3.            semua  kertas  peperiksaan,  20%  daripada  soalan  telah  menguji
                                     kemahiran analitikal, aplikasi dan penaakulan murid.
               (Sumber: Laporan Tahunan PPPM, 2014)


                       Berdasarkan  Laporan  Tahunan  ini  juga  KPM  telah  mula  melihat  perubahan  positif
               berlaku di dalam bilik darjah apabila guru menerapkan KBAT dalam proses pengajaran dan
               pembelajaran. Hal ini penting kerana fokus pendidikan bukan hanya untuk memahami dan

               mengingati  ilmu  pengetahuan  sahaja  tetapi  juga  perlu  dilengkapi  dengan  keupayaan
               menggunakan pelbagai kemahiran kognitif atau kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Oleh

               itu, penekanan pengaplikasian kemahiran berfikir dalam PdP dapat membantu murid-murid
               untuk mengubah gaya pembelajaran yang selama ini lebih berfokus kepada hafalan kepada
               pembelajaran  yang  lebih  menekankan  pemikiran  aras  tinggi  dan  penaakulan  dalam

               menyelesaikan masalah, membuat keputusan, melakukan inovasi dan proses penciptaan.










               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                500
   516   517   518   519   520   521   522   523   524   525   526