Page 570 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 570

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               METODOLOGI KAJIAN

               Rekabentuk Kajian:

               Dalam melaksanakan kajian ini pengkaji telah memilih untuk menggunakan kaedah tinjauan
               yang  menggabungkan  antara  penyelidikan  kualitatif  (ulasan  kajian  sebelumnya)  dan

               kuantitatif (data daripada soal selidik) yang kukuh untuk memahami fenomena kajian dengan
               sepenuhnya.


               Responden Kajian:
               Responden  yang  terlibat  dalam  kajian  ini  terdiri  daripada    42  orang  guru  Program  Ijazah
               Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Semester 4 pengkhususan  BM di IPG Kampus Bahasa

               Melayu, Kuala Lumpur.

               Instrumen Kajian:

               Untuk kajian ini instrumen yang digunakan ialah soal selidik yang akan mengesan emosi (8
               item) dan persepsi (8 item) terhadap penggunaan kata ganti nama diri semasa komunikasi

               antara guru dengan murid.

               Analisis Data:

               Data  yang  dikumpulkan  melalui  soal  selidik  dianalisis  secara  manual  menggunakan
               kekerapan dan peratusan. Manakala bagi item persepsi, hasil dapatan kemudian dirumuskan.


               DAPATAN DAN PERBINCANGAN

               Objektif 1:

               Dalam filem komedi arahan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee berjudul, Ahmad Albab ketukan
               pada  pintu  oleh  si  datuk menjadi  pencetus kepada  nama  cucunya.  Bayangkan jika  nama
               seperti  betul-betul  wujud  pada  masa  sekarang.  Pensyarah  Jabatan  Al-Quran  dan  Hadis,

               Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM), Prof. Madya Dr. Fauzi Deraman (2010)
               menyatakan lazimnya anak-anak apabila bersama-sama rakan sebaya akan membandingkan

               namanya  dengan  nama  rakan-rakan  dan  sering  bertanya  apakah  maksud  di  sebaliknya.
               Kemungkinan besar yang empunya nama Ahmad Albab tersebut akan diejek kerana nama itu
               bermaksud “pintu”. Senario seperti ini pastinya akan mempengaruhi emosi si empunya nama.


               Sementara  itu  Ketua  Unit  Kaunseling,  Bahagian  Pembangunan  Keluarga,  Lembaga
               Penduduk  dan  Pembangunan  Keluarga  Negara  (LPPKN),  Kementerian  Pembangunan

               Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dr. Khamsiah Ismail (2010) turut mengakui bahawa nama
               juga  memberi  kesan  psikologi  kepada  pemiliknya.  Nama  yang  agak  kerap  dan  popular


               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                549
   565   566   567   568   569   570   571   572   573   574   575