Page 595 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 595

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               Kursus  Dandanan  Rambut  serta  dapat  menguasai  pelbagai  kemahiran  insaniah  dalam
               tempoh masa yang ditetapkan. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan membekalkan informasi yang

               lebih  realistik, merangsang  pelbagai  deria  dalam  satu  masa,  meningkatkan keberkesanan
               perjalanan proses PdPc, memudahkan mengawal emosi dan sikap murid, membekalkan dan
               membentuk  pelbagai  kemahiran  dengan  lebih  cepat,  menjimatkan  masa,  tenaga  dan  kos

               perbelanjaan dalam proses PdPc serta pengurusan pembelajaran yang lebih sistematik dan
               tersusun. Pelbagai aktiviti dalam PLBD juga mengukuhkan kefahaman murid terhadap konsep

               yang diajar dalam kelas (situasi sebenar), membina kefahaman berdasarkan persekitaran dan
               pengalaman,  mengembangkan  kemahiran  sosial,  menjadi  lebih  bermanfaat  dan  lebih
               berbentuk  kontekstual  kepada  MBP  dan  kerja  berpasukan  serta  menerapkan  6C  iaitu

               Colaboratif (Kolaboratif), Communication (Komunikasi), Creativity (Kreativiti), Critikal Thinking
               (Pemikiran Kritis), Character (Sahsiah) dan Citizenship (Kewarganegaraan).


               Manakala kekurangan yang didapati daripada kajian ini adalah memerlukan perancangan rapi
               dari segi faktor cuaca, tempat, mengenalpasti sumber pengajaran yang terhad disebabkan

               oleh  pengajaran  berlaku  di  luar  bilik  darjah  dan  melibatkan  kos  yang  tinggi.  Secara  tidak
               langsung  aktiviti-aktiviti  tersebut  dapat  menimbulkan  minat  murid-murid  serta  dapat
               mengaplikasikan tahap pembelajaran  aras tinggi  terhadap  Kursus  Dandanan  Rambut  dan

               memberikan keyakinan kepada mereka dalam merealisasikan tag line sekolah Skills for living:
               Towards excellent future.


               SYOR CADANGAN KAJIAN

               Memandangkan  aktiviti-aktiviti  yang  telah  dijalankan  amat  memberangsangkan  tahap

               penguasaan Bahasa Melayu dan pelibatan aktif MBP dalam kursus Dandanan Rambut, maka
               pengkaji  bercadang  untuk  mengaplikasikan  kajian  tindakan  ini  kepada  kumpulan  sasaran
               yang lain di sekolah pengkaji untuk membantu meningkatkan kemahiran vokasional. Selain

               itu, pengkaji juga menyarankan penggunaan soalan-soalan yang berpotensi untuk membantu
               murid  untuk  mencapai  keupayaan  kognitif  optimum  yang  dapat  mendedahkan  murid
               menggunakan pengetahuan sedia ada dan membandingkan maklumat yang diperoleh dan

               kemudian menggunakannya untuk menyelesaikan masalah. Semua aktiviti yang bakal akan
               dijalankan boleh mengikut kesesuaian dan kemampuanmurid-murid mengikut kursus yang

               diambil mengikut tempoh masa yang difikirkansesuai. Selain itu, pendekatan yang sama juga
               akan  pengkaji  akan  menggunakan  kepada  peningkatan  motivasi  dan  penerapan  nilai
               keusahawanan dalam kalangan MBP dalam kajian seterusnya.






               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                574
   590   591   592   593   594   595   596   597   598   599   600