Page 599 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 599

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               Kesimpulannya,  sumber  yang  diperolehi  secara  dalam  talian  gagal  menepati  kehendak
               pelajar. Situasi mendorong para pensyarah bertindak proaktif dengan menghasilkan bahan

               audio  dan  video  mereka  sendiri.  Namun  mereka  berkemungkinan  tidak  mempunyai
               kepakaran untuk menghasilkan dan menyunting video tersuai sendiri (Dhawan, 2020).
                       Keadaan  ini  mendorong  pengkaji  untuk  menghasilkan  bahan  pengajaran  dan

               pembelajaran sendiri untuk memenuhi keperluan pelajar. Dua aplikasi digital yang digunakan
               adalah Screencast O’matic dan Microsoft Whiteboard. Kedua-dua aplikasi ini adalah percuma.

               Screencast O’matic merupakan satu aplikasi merakam skrin yang membolehkan seseorang
               itu merakam menggunakan peranti video webcam, merakam skrin computer atau merakam
               suara dengan mudah. Rakaman video Screencast O’matic boleh dimuatnaik ke Youtube atau

               disimpan dan bentuk fail MP4.
                       Microsoft Whiteboard pula merupakan satu aplikasi yang menarik yang membolehkan

               pengguna  Microsoft  berkongsi  idea  dengan  orang  lain  secara  terus.  Berbanding  aplikasi
               Google  Document,  pengguna  aplikasi  Mikrosoft  Whiteboard  boleh  menulis  dan  melakar
               secara bebas seperti mana mereka menulis di papan putih. Penggunaan aplikasi hebat ini

               mampu membuatkan sesi pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian terasa seperti
               belajar  secara  bersemuka  di  mana  para  pensyarah  menulis  dan  membuat  lakaran  untuk
               menjelaskan  konsep  dan  sebagainya  dengan  mudah.  Microsoft  Whiteboard  ini  boleh

               digunakan  pada  mana-mana  komputer  yang  mempunyai  ciri  skrin  sentuh.  Oleh  kerana
               kekangan  komputer  riba  pengkaji,  pengkaji  menggunakan  peranti  tablet  melukis  yang
               disambung  kepada  komputer  riba  untuk  menggunakan  aplikasi  ini.  Kajian  ini  bertujuan

               meneroka persepsi dan pengalaman para pelajar belajar secara dalam talian secara tidak
               segerak  bagi  kursus  TSLB3043  English  Phonetics  and  Phonology  dengan  menggunakan

               video tersuai yang dihasilkan menggunakan dua aplikasi tersebut.

               SOROTAN LITERATUR


               Fenomena ledakan informasi melalui kemudahan internet telah mengubah lanskap dalam
               bidang  pendidikan.  Perkembangan  teknologi  ini  telah  memberi  impak  terhadap  proses
               pengajaran dan pembelajaran di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) seperti di IPGM menerusi e

               learning.  E  learning  adalah  satu  bentuk  sistem  inovasi  berasaskan  web  yang  didasari
               teknologi digital. Ia bertujuan menyediakan pelajar dengan satu sistem pembelajaran yang

               bersifat personal, berpaksikan pelajar,terbuka, menyeronokkan dan interaktif (Rodrigues et.
               al., 2019). Walaupun Pengkuliahan dan tutorial dijalankan secara bersemuka sepenuhnya
               namun  Interaksi  maya  antara  pensyarah  dan  pelajar  boleh  dilaksanakan  secara  maya

               mengikut  keperluan.  Namun,  penularan  wabak  COVID19  bermula  dari  penghujung  2019
               hingga  kini  telah  menyebabkan  ledakan  keperluan  e  learning  yang  berganda.  Proses



               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                578
   594   595   596   597   598   599   600   601   602   603   604