Page 598 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 598
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
PENGENALAN
Kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) di semua institusi pengajian di seluruh dunia
berubah wajah daripada pengajaran konservatif berbentuk kuliah kepada pembelajaran maya
lantaran pandemik COVID19 yang telah melanda dunia semenjak Mac 18, 2019 hingga kini.
Mulai dari itu, kerajaan Malaysia telah melaksanakan beberapa Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP) yang membawa kepada perlaksanaan sebahagian besar Proses PdP dalam bentuk
tidak bersemuka demi mengekang penyebaran virus. Proses pengajaran dan pembelajaran
(PdP) telah bertukar kepada Proses pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR). Warga
pendidik dan pelajar terpaksa menyesuaikan diri dengan keadaan semasa Sama ada secara
teradun atau menggunakan Web 2.0. Perubahan yang drastik ini menyebabkan warga
pendidik terpaksa membuat perubahan paradigma amalan dan ianya sememangnya
mencabar kerana mereka terpaksa beralih ke arah pengajaran maya sepenuhnya.
Dalam konteks IPG, para pensyarah secara asasnya meneruskan sesi kuliah dan
tutorial menerusi aplikasi Google Classroom. Namun penggunaan lain-lain aplikasi seperti
Whatsapp, Telegram and Padlet turut digunakan untuk menyokong penggunaan Google
Classroom. Google Classroom, Whatsapp, Telegram and Padlet walaubagaimanapun
hanyalah alat yang membantu pensyarah dan pelajar berkomunikasi, berkolaborasi,
menyusun dan mengurus maklumat. Kandungan Google Classroom iaitu bahan pengajaran
dan pembelajaran kuliah dan tutorial perlulah disediakan oleh para pensyarah sendiri. Namun
ini mungkin tidak mencukupi. Para pensyarah berkemungkinan perlu membuat sesi
penerangan dan perbincangan secara maya menerusi aplikasi Google Meet.
Pihak IPGM telah membuat garis panduan yang jelas berkaitan dengan sesi
pengajaran di era pandemik ini di mana sesi pengajaran dan penbelajaran berbentuk segerak
mestilah tidak melangkaui 40% dari total jam interaksi pelajar. Dasar ini dibuat agar sesi
pengkuliahan secara maya tidak membebankan para pelajar. Dasar ini juga mendorong para
pensyarah untuk mencari alternatif lain yang cekap dan berkesan untuk melaksanakan sesi
pengkuliahan selain dari secara bermuka.
Umumnya, terdapat banyak pilihan sumber pembelajaran dan aplikasi pengajaran dan
pembelajaran secara maya. Setiap satu dari darinya tentunya mempunyai kelebihan dan
kekurangan tersendiri dan dapat dimanfaatkan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.
Pelajar hanya perlu mengetik kekunci komputer untuk mencari maklumat. Namun majoriti
sumber yang diperolehi adalah dalam Bahasa Inggeris. Terdapat rungutan dari para pelajar
di mana sumber yang didapati tidak menepati kehendak mereka. Mereka menyatakan kualiti
audio dan gambar yang kurang baik, penyampaian yang laju, sebutan sukar difahami,
kandungan yang panjang dan pelbagai lagi (Dhawan, 2020). Oleh yang demikian, para pelajar
berpendapat pengajaran dan pembelajaran secara maya membosankan dan tidak menarik.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 577

