Page 600 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 600
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
pengajaran dan pembelajaran secara maya kini merupakan satu kemestian lantaran
penutupan institusi pengajian di seluruh dunia demi mengekang penularan wabak tersebut
(Valverde-Berrocoso, del Carmen Garrido-Arroyo, Burgos-Videla, & Morales-Cevallos, 2020).
Walau bagaimanapun, dalam keghairahan para pendidik merangka sesi pengajaran
dan pembelajaran secara maya, mereka perlu cakna kepada kekangan yang dihadapi para
pelajar. Pelajar berkemungkinan tidak mempunyai peranti yang bersesuai dan mungkin
terpaksa berkongsi peranti. Keluarga mereka juga mungkin juga kurang berkemampuan untuk
menyediakan data untuk melayari internet untuk tujuan pembelajaran. Capaian internet yang
kurang stabil juga mampu merencatkan proses pembelajaran.
Kekangan-kekangan ini memerlukan para pendidik memikirkan alternatif terbaik untuk
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam talian. Penggunaan video merupakan
salah satu alternatif terbaik untuk permasalahan ini. Video dikatakan amat membantu ,
menarik, efektif dan fleksibel untuk sesi pengajaran dan pembelajaran dalam pelbagai bidang
(Allavena, Schaffer-White, Long & Alawneh, 2017; Terry, Terry, Moloney & Bowtell, 2018).
Namun para pendidik seringkali menghadapi masalah mendapatkan video yang menepati
keperluan pelajar. Video yang didapati di dalam talian seperti di YouTube or Vimeo
berkemungkinan mengandungi terminologi yang asing dan tidak bersesuaian (Duncan,
Yarwood-Ross & Haigh, 2013; May, Wedgeworth & Bigham, 2013). Penghasilan video tersuai
merupakan satu penyelesaian. Namun ia mungkin kurang popular dalam kalangan pendidik
kerana proses penyediaan video tersuai agak memakan masa, memerlukan peralatan
pengajaran digital, memerlukan pengetahuan teknikal dan latihan dan kekurangan sokongan
(Farrelly, Raftery & Harding, 2018; McAvinia, Ryan & Moloney, 2018).
Tambahan pula, sekiranya sesebuah video telah dihasilkan, ianya mungkin sukar
untuk dibuat suntingan. Kesilapan sebutan, tatabahasa atau kemunculan elemen-elemen
yang mengganggu seperti bunyi latar dan sebagainya mungkin memerlukan sebahagian dari
rakaman dirakam semula dan ini amat mengecewakan (Norman, 2017). Terdahulu
penghasilan video selalunya memerlukan pelbagai peralatan namun seringkali para pendidik
tidak mempunyai peralatan yang sewajarnya untuk menghasilkan resos tersebut. Kewujudan
kamera digital dan telefon pintar walaubagaimanapun telah memungkinkan mereka bukan
sahaja membuat rakaman video bahkan juga menyebarluaskan video hasilan mereka (
Dunne, Ronan, Vivienne, & Deirdre, 2020).
Penghasilan video yang berkesan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran bermula
dengan perancangan dan persediaan yang yang rapi dan teratur. Norman (2017)
menyarankan video yang dihasilkan sebaiknya berdurasi lima hingga duapuluh minit sahaja.
Kajian juga menunjukkan pelajar universiti lebih cenderung kepada penggunaan video
pengajaran pendek. Masa durasi video yang tertera di permulaan video merupakan penentu
samada ianya akan ditonton atau tidak (Roshier, Foster & Jones, 2011).
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 579

